1 maut tembakan di kampus universiti AS Posted on 11/11/2024 Tangkap layar daripada video menunjukkan pihak berkuasa sedang menyiasat di lokasi tembakan di Universiti Tuskegee pada Ahad. (Gambar fail) HOUSTON: Seorang terbunuh, manakala 16 lagi termasuk pelajar cedera dalam tembakan di kampus Universiti Tuskegee, Alabama, Amerika Syarikat pada awal pagi Ahad, lapor Xinhua. Seorang remaja 18 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, sementara 12 lagi cedera akibat terkena tembakan, menurut Biro Penyiasatan Negeri, Agensi Penguatkuasaan Undang-undang Alabama. Universiti Tuskegee dalam kenyataan memaklumkan mangsa maut bukan pelajar universiti itu. “Mangsa lain termasuk pelajar Universiti Tuskegee mengalami kecederaan dan sedang dirawat di Pusat Perubatan East Alabama di Opelika serta Hospital Baptist South di Montgomery,” menurut kenyataan itu. Insiden berlaku ketika Universiti Tuskegee sedang meraikan “Homecoming” ke-100 Sabtu lalu, semasa perlawanan bola sepak antara Tuskegee dan Miles College dari Alabama. “Kami percaya terdapat dua penembak, mungkin lebih,” kata seorang pegawai melalui radio yang disiarkan Broadcastify. Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat setakat petang Ahad, menurut kenyataan Agensi Penguatkuasaan Undang-undang Alabama. “Saya mohon semua hadirin menyertai saya bertafakur sejenak untuk mengenang jiwa terkorban serta mengingati keluarga dan sahabat yang sedang berduka,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Tuskegee, Mark Brown sambil meluahkan kebimbangan terhadap keselamatan pelajar dan stafnya. Insiden tragis itu kes tembakan terbaru di kampus universiti semasa acara “homecoming” di selatan AS. Pada 19 Okt lalu, insiden tembakan selepas perlawanan “homecoming” di Universiti Negeri Albany, Georgia, mengorbankan satu nyawa dan beberapa lagi cedera. Di Lexington, Mississippi, acara “homecoming” turut bertukar ganas apabila tiga terbunuh, manakala lapan lagi cedera ditembak. Pada 12 Okt lalu, tembakan dekat Universiti Negeri Tennessee di Nashville mengorbankan seorang lelaki dan mencederakan sembilan yang lain. News
Russell on pole as Verstappen given grid penalty at Qatar Grand Prix Posted on 01/12/2024 Red Bull’s Max Verstappen (centre) clocked the fastest lap of one minute 20.520 seconds, with George Russell (left) just 0.055 seconds adrift. On the right is Lando Norris. (AP pic) DOHA: Newly crowned four-time world champion Max Verstappen has been stripped of pole position at the Qatar Grand Prix for… Read More
Al-Azhar University agrees to offer scholarships for outstanding Malaysian students in tech, medicine and engineering, says PM Anwar Posted on 11/11/2024 CAIRO, Nov 11 — The Al-Azhar University has agreed to offer scholarships to outstanding Malaysian students in medicine, engineering and technology, said Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar said this initiative is part of efforts to broaden the educational access of Malaysian students to the prestigious institution. “I also… Read More
9 diambil keterangan berhubung kematian pelatih Palapes Posted on 28/11/2024 Ketua Polis Selangor Hussein Omar berkata, ketika kejadian, pelatih itu sedang menjalani ujian kecergasan sebelum mengikuti latihan asas Palapes tahun depan. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Polis mengambil keterangan daripada sembilan orang saksi termasuk pengadu dalam siasatan berhubung kematian seorang pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) setakat ini. Ketua Polis Selangor… Read More