10 penuntut IPG cedera, 1 maut dalam kemalangan di Gua Musang Posted on 19/12/2024 Keadaan salah sebuah kenderaan dinaiki mangsa yang remuk selepas dilanggar sebuah treler di Jalan Gua Musang–Kuala Lipis hari ini. (Gambar IPD Gua Musang) KOTA BHARU: Seorang penuntut wanita di sebuah Institut Pendidikan Guru (IPG) di Besut, Terengganu maut manakala 10 penuntut yang lain cedera dalam kemalangan melibatkan empat kereta yang dilanggar sebuah treler di Jalan Gua Musang–Kuala Lipis hari ini. Kumpulan 11 penuntut IPG berkenaan yang menaiki empat kenderaan, iaitu dua Perodua Axia dan masing-masing sebuah Proton X50 dan Proton Saga dari arah Kuala Lumpur sedang dalam perjalanan pulang ke IPG di Besut. Ketua Polis Gua Musang Sik Choon Foo berkata kejadian itu berlaku pada 6.45 pagi tadi apabila polis menerima pemakluman terdapat kemalangan maut di KM16 di jalan berkenaan. Beliau berkata siasatan awal mendapati sebuah treler dipandu seorang lelaki berumur 28 tahun dari Kuala Lipis, Pahang menghala ke Gua Musang, Kelantan hilang kawalan dan melanggar sisi kanan kedua-dua kereta Perodua Axia, Proton Saga dan Proton X50 yang berada di bahu kiri jalan. “Akibat pelanggaran itu, pemandu Proton X50 cedera di bahagian kepala, penumpang hadapan dan seorang penumpang belakang cedera manakala seorang lagi penumpang belakang maut. “Pemandu kereta Perodua Axia pula mengalami kecederaan parah di bahagian kepala manakala enam lagi penuntut hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan. Sik berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian. Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk dibedah siasat manakala mangsa yang lain sedang mendapatkan rawatan di hospital sama. Polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian supaya tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang menerusi talian 09-9121222 atau pegawai penyiasat 013-3010408. News
PM vows to heed media’s objections to publications law amendment Posted on 04/12/2024 Prime Minister Anwar Ibrahim’s senior press secretary, Tunku Nashrul Tunku Abaidah (in white), receiving a memorandum from NGOs and journalists outside Parliament this morning. (Facebook pic) PETALING JAYA: Prime Minister Anwar Ibrahim has promised to take heed of objections by media groups and journalists towards the proposed amendments to the… Read More
Pickford superb as Everton grind out point at West Ham Posted on 10/11/2024 Everton goalkeeper Jordan Pickford and West Ham United’s Jarrod Bowen react after Pickford makes a crucial save during their Premier League match at the London Stadium. (AP pic) LONDON: Everton goalkeeper Jordan Pickford made a superb stoppage-time save to earn his side a gritty Premier League point in a 0-0… Read More
No disgrace as Tang Jie-Ee Wei falter at last hurdle Posted on 15/12/2024 Chen Tang Jie-Toh Ee Wei won their biggest purse of RM445,000 despite being runners-up at the BWF World Tour Finals. (Bernama pic) PETALING JAYA: The fairy tale run of national mixed doubles shuttlers Chen Tang Jie-Toh Ee Wei came to an end when they lost to home pair Zheng Si… Read More