12 paramedik, sukarelawan maut dalam serangan Israel di Lubnan Posted on 10/11/2024 Kementerian Kesihatan Lubnan mengutuk tindakan Israel yang terus menyasarkan paramedik dalam serangan udara yang dilakukan. (Gambar AP) BEIRUT: Serangan udara Israel ke atas beberapa bandar di daerah Tyre, selatan Lubnan pada Sabtu mengorbankan 12 paramedik dan sukarelawan pertahanan awam manakala tiga yang lain cedera, lapor Agensi Anadolu memetik Kementerian Kesihatan Lubnan. Menurut Kementerian Kesihatan Lubnan, pesawat tempur menyasarkan bandar Deir Qanoun Ras Al-Ain di daerah Tyre, menyebabkan enam anggota Pengakap Islam iaitu sukarelawan yang terlibat dalam operasi perubatan kecemasan dan pertahanan awam serta seorang paramedik daripada Persatuan Kesihatan Islam, terkorban. Serangan di Deir Qanoun Ras Al-Ain turut mengakibatkan seorang orang awam terbunuh dan 12 lagi cedera. Kementerian itu turut memaklumkan bahawa serangan udara di bandar Ain Baal di Tyre mencederakan tiga anggota Pengakap Islam. Seramai lima lagi anggotanya dilaporkan terbunuh dalam serangan udara di bandar Hanouiyeh di Tyre, menurut Agensi Berita Nasional Lubnan. Kementerian mengutuk tindakan Israel yang terus menyasarkan paramedik dan disifatkan sebagai ‘jenayah perang berterusan yang tidak dihalang oleh komuniti antarabangsa yang bertanggungjawab menegakkan undang-undang kemanusiaan antarabangsa bagi mencegah keganasan dan pembunuhan beramai-ramai.’ Kementerian Kesihatan juga melaporkan serangan udara Israel di kejiranan Al-Midan di Nabatieh mengakibatkan 12 orang cedera. News
Bitcoin breaches US$94,000 for the first time Posted on 20/11/2024 Bitcoin has more than doubled this year on hopes of a cryptocurrency-friendly regime under the incoming Donald Trump administration. (EPA Images pic) SINGAPORE: Bitcoin rose to a record high above US$94,000 as a report that Donald Trump’s social media company was in talks to buy crypto trading firm Bakkt added… Read More
Three suspected car thieves killed in early morning shootout with Penang cops in Nibong Tebal Posted on 13/11/2024 GEORGE TOWN, Nov 13 — Three men, believed to be involved in 33 car theft and robbery cases in Penang, were shot dead after engaging in a shootout with the police in Nibong Tebal early this morning. In the 5.30am incident, a police team was conducting anti-crime operations when they… Read More
Juruwang warga China maut ditikam di restoran Posted on 30/11/2024 Menurut Ketua Polis Cheras Aidil Bolhassan, polis setakat ini telah menahan tujuh suspek terdiri rakan sekerja mangsa untuk membantu siasatan. PETALING JAYA: Seorang juruwang warga China dilaporkan mati ditikam di restoran tempatnya bekerja, dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Cheras, semalam. Kejadian membabitkan mangsa wanita berusia 49 tahun itu… Read More