1,400 penjawat awam tolak SSPA Posted on 08/12/2024 Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, berkata jumlah penjawat awam tidak tandatangan SSPA mewakili 0.13% berbanding keseluruhan 1.5 juta penjawat awam. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Hanya 0.13% atau sekitar 1,400 penjawat awam menolak menandatangani Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) selepas tempoh opsyen berakhir pada 30 Nov. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, berkata jumlah itu kecil, berbanding keseluruhan 1.5 juta penjawat awam. Katanya, penjawat awam yang tidak memilih opsyen itu adalah perkara biasa dan mereka mungkin sudah membuat pertimbangan sewajarnya. “Kita tidak memaksa kerana percaya ada pertimbangan khusus dibuat oleh mereka, tetapi kerajaan sentiasa melakukan sesi libat urus bagi mereka yang tidak memilih opsyen ini supaya tidak menyesal kelak. “Selepas tempoh berakhir pada 30 Nov lalu, kita dapati yang tidak menandatangani SSPA ini hanya 0.13% iaitu sekitar 1,400 daripada 1.5 juta penjawat awam. Mereka berada dalam kumpulan pengurusan, pelaksana dan profesional,” katanya menurut Berita Harian. Beliau berkata demikian selepas Majlis Penutup Kampung Angkat Madani JPA di Pulau Aman, Batu Kawan, Pulau Pinang. Wan Ahmad Dahlan ketika mengulas lanjut, berkata kerajaan tidak akan melanjutkan atau membuka semula tawaran itu, sekiranya ada penjawat awam yang tidak menandatangani opsyen berkenaan berubah hati. Sebelum ini, penjawat awam diberi tempoh opsyen bermula 21 Okt hingga 30 Nov, untuk memilih SSPA atau kekal dengan Sistem Saraan Malaysia (SSM). Pada 16 Ogos lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji antara 7 hingga 15% melalui pelarasan SSPA. Katanya, kenaikan membabitkan kumpulan pelaksana, pengurusan, dan profesional sebanyak 15%, manakala pengurusan tertinggi 7%. Ketika mengumumkan pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19, Anwar berkata, pelarasan akan dilaksanakan secara berfasa mulai bulan ini. Beliau berkata, bagi kumpulan pelaksana, pengurusan, dan profesional akan menerima kenaikan fasa 1 sebanyak 8%. Fasa 2 kumpulan itu akan menerima kenaikan 7% bermula 1 Jan 2026. Manakala, kumpulan pengurusan tertinggi, fasa 1 akan menerima kenaikan 4% bermula 1 Dis dan fasa 2 kenaikan 3% bermula 1 Jan 2026. News
Own your decisions, academic tells Fadhlina, Radzi Posted on 04/12/2024 UKM’s Anuar Ahmad said it appears that education minister Fadhlina Sidek and her predecessor Radzi Jidin are both uncertain if the decision to abolish UPSR and PT3 was the right move. PETALING JAYA: An academic has criticised education minister Fadhlina Sidek and her predecessor Radzi Jidin for passing the buck… Read More
Ex-world heavyweight champ Fury quits boxing Posted on 14/01/2025 British boxer Tyson Fury enjoyed two stints as world heavyweight champion. (EPA Images pic) LONDON: Former world heavyweight champion Tyson Fury said today he had retired from boxing just weeks after suffering a second straight defeat at the hands of Oleksandr Usyk. “I’m going to make this short and sweet,”… Read More
Archbishop of Canterbury resigns over abuse scandal Posted on 13/11/2024 Archbishop of Canterbury Justin Welby resigned five days after the independent Makin Report singled him out for criticism over his handling of abuse allegations dating back to the 1970s. (AFP pic) LONDON: Archbishop of Canterbury Justin Welby, the senior cleric of the Church of England, resigned “in sorrow” on Tuesday,… Read More