2 beranak mengaku tak salah tipu pelaburan durian di Singapura Posted on 22/11/2024 Elly Co dan anak lelakinya didakwa memperdayakan mangsa melabur dalam perniagaan durian di Singapura yang tidak wujud sehingga mendorongnya memindahkan RM55,000 sebanyak dua kali. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Dua beranak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menipu seorang lelaki dalam urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura, tahun lepas. Elly Co, 47, dan anak lelakinya, Tee Lian Yong, 26, didakwa bersama menipu Tan Yu Lee, 41, dengan memperdayakan mangsa dalam urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura yang tidak wujud sehingga mendorong mangsa memindahkan wang berjumlah RM55,000 sebanyak dua kali ke akaun bank milik Tee. Perbuatan itu didakwa dilakukan di Terminal Bas Bersepadu Bandar Tasik Selatan di sini pada 20 Jun 2023. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun, maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh didenda, jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya, Amritpreet Kaur Randhawa mencadangkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh. Peguam Jason Cheong Kah Lok dan Azrie Hanafie Rosli yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan faktor kewangan kerana anak guam mereka hanya pekerja ladang durian. Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan membenarkan jaminan RM2,500 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan menetapkan sebutan kes pada 6 Jan depan. News
FashionValet founder Vivy Yusof and husband Fadzarudin plead not guilty to RM8m CBT charges Posted on 05/12/2024 KUALA LUMPUR, Dec 5 — FashionValet Sdn Bhd (FashionValet) founders Datin Vivy Yusof and Datuk Fadzarudin Shah Anuar were charged in the Sessions Court here today with criminal breach of trust involving RM8 million in investment funds belonging to Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) and Permodalan Nasional Berhad (PNB) six years… Read More
For the good of the people: Senator calls on govt to take bold, fearless steps in implementing national health insurance scheme Posted on 10/12/2024 KUALA LUMPUR, Dec 9 — The government has been urged to act boldly and without fear of political threats to implement the national health insurance scheme, for the good of the people as a whole. Senator Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli said that the scheme, if established, could help… Read More
Climate-threatened nations storm out of talks at COP29 Posted on 24/11/2024 China remains classified as a developing nation despite being the world’s largest emitter. (EPA Images pic) BAKU: The world’s most climate-imperilled nations stormed out of consultations in protest at the deadlocked UN COP29 conference today, as simmering tensions over a hard-fought finance deal erupted into the open. Diplomats from small… Read More