28 Feb keputusan rayuan denda MyCC terhadap Grab Posted on 21/11/2024 MyCC merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 6 Julai tahun lalu dan Grab Inc memperoleh perintah certiorari untuk membatalkan cadangan denda itu. PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 28 Feb tahun depan untuk menyampaikan keputusan berhubung rayuan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang mencabar keputusan Mahkamah Tinggi untuk membatalkan cadangan denda RM86.77 juta terhadap Grab Inc dan dua anak syarikat berhubung dakwaan amalan antipersaingan oleh syarikat e-hailing terbabit. Peguam MyCC Mervyn Lai Wei Shiung mengesahkan tarikh berkenaan kepada Bernama ketika dihubungi hari ini. Isnin lalu, panel tiga hakim diketuai S Nantha Balan mendengar hujah daripada peguam MyCC dan Grab Inc serta dua anak syarikatnya, iaitu Grabcar Sdn Bhd dan Myteksi Sdn Bhd. Mahkamah kemudian menangguhkan keputusan ke tarikh lain. Panel itu turut dianggotai Hakim Lim Chong Fong dan Ahmad Kamal Md Shahid. MyCC merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 6 Julai tahun lalu dan syarikat berkenaan memperoleh perintah certiorari untuk membatalkan cadangan denda itu. Pada Disember 2019, tiga syarikat terbabit memfailkan semakan kehakiman selepas MyCC mencadangkan denda sebanyak RM86.77 juta, mendakwa syarikat berkenaan melanggar Akta Persaingan 2010 kerana menyalahgunakan kedudukan dominan dengan mengenakan klausa sekatan terhadap pemandu, menghalang mereka daripada mempromosikan dan menyediakan perkhidmatan pengiklanan untuk pesaing syarikat itu. Mahkamah Tinggi pada 2020, menolak permohonan Grab dan anak syarikat untuk memulakan semakan kehakiman atas alasan langkah itu ‘pramatang’ kerana keputusan yang dicadangkan belum muktamad. Grab merayu keputusan itu pada April 2021, Mahkamah Rayuan kemudian membenarkan rayuan Grab untuk mendapatkan kebenaran dan mengembalikan kes itu ke Mahkamah Tinggi untuk pendengaran atas meritnya. Pada 2022, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan MyCC untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan. Mahkamah Tinggi kemudian meneruskan perbicaraan penuh untuk merit semakan kehakiman pada 2022. Isnin lalu, peguam utama MyCC Tommy Thomas berhujah bahawa permohonan syarikat untuk semakan kehakiman adalah pramatang kerana syarikat berkenaan masih belum menyelesaikan proses rayuan yang diperuntukkan di bawah Akta Persaingan. Peguam Malik Imtiaz Sawar yang mewakili Grab Inc dan anak syarikat berhujah bahawa dakwaan MyCC mengenai keputusan yang dicadangkan hanyalah sebahagian daripada proses penyiasatan adalah salah, dengan merujuk kepada Seksyen 36(1) Akta Suruhanjaya Persaingan yang jelas menyatakan bahawa keputusan yang dicadangkan dikeluarkan selepas siasatan selesai. News
Australian PM plays down privacy fears of social media ban for children Posted on 25/11/2024 Prime minister Anthony Albanese’s government aimed to pass the bill by year-end, expediting its progress through both houses of parliament. (AP pic) SYDNEY: Australia prime minister Anthony Albanese said on Monday social media firms would be required to destroy personal data used to verify ages of users, as part of… Read More
Nato chief Rutte discusses ‘global security’ with Trump Posted on 23/11/2024 Donald Trump’s thumping victory to return to the US presidency has set nerves jangling in Europe. (AP pic) BRUSSELS: Nato chief Mark Rutte held talks with US president-elect Donald Trump in Florida on the “global security issues facing the alliance”, a spokesman said today. The meeting took place yesterday in… Read More
U Mobile dipilih penyedia 5G rangkaian kedua berdasarkan gabungan beberapa faktor – MCMC Posted on 06/11/2024 Pemilihan U Mobile Sdn Bhd sebagai penyedia 5G rangkaian kedua negara dibuat berdasarkan gabungan beberapa faktor, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC). Read More