3 lelaki ditahan berkait ragut rantai emas RM30,000 Posted on 17/11/2024 Seorang daripada suspek direman tiga hari manakala dua lagi direman sehari. PETALING JAYA: Tiga lelaki disyaki terlibat kes ragut seutas rantai emas bernilai RM30,000 di Subang Jaya 12 Okt lalu ditahan dalam serbuan berasingan semalam. Ketua Polis Subang Jaya, Wan Azlan Wan Mamat, berkata suspek berusia lingkungan 30-an ditahan di Petaling Jaya dan Subang Jaya susulan laporan seorang lelaki tempatan mendakwa disamun seorang daripada mereka. “Semua suspek masing-masing bekerja sebagai penghantar dokumen, pembeli emas dan pembantu kedai emas dengan dua daripadanya mempunyai rekod jenayah dan narkotik. “Semasa serbuan turut dirampas beberapa barang kemas dan resit pembelian emas serta sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC,” katanya dalam kenyataan, menurut Bernama. Wan Azlan berkata, seorang daripada lelaki tersebut direman tiga hari hingga 18 Nov manakala dua lagi direman sehari. “Hasil tangkapan itu, polis berjaya menyelesaikan lapan kes ragut di Subang Jaya dan siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti penglibatan suspek di daerah lain,” katanya. News
High Court to hear ex-Hindu board chief’s remand revision bid Posted on 06/12/2024 The George Town High Court will hear an application to reduce the six-day remand of M Ramachandran on Dec 10. (File pic) GEORGE TOWN: The High Court here will hear an application to reduce the six-day remand order for former Penang Hindu Endowment Board (PHEB) executive director and CEO M… Read More
Meritokrasi ketat tak akan berkesan di Sarawak, kata senator PKR Posted on 09/11/2024 Senator Abun Sui Anyit kata pendekatan meritokrasi secara ketat tidak akan berkesan di Sarawak berikutan ketidakseimbangan dalam pengagihan kekayaan. (Gambar Parliament of Malaysia) PETALING JAYA: Seorang senator PKR menolak penggunaan meritokrasi secara ketat di Sarawak selepas ia memutuskan untuk menghapuskan kuota kemasukan di lima universiti milik kerajaan negeri. Senator Abun… Read More
Gencatan senjata Israel, Hizbullah bermula Posted on 27/11/2024 Gencatan senjata itu menghentikan konflik yang menyebabkan puluhan ribu orang di Israel dan hampir 900,000 rakyat Lubnan meninggalkan rumah mereka. (Gambar EPA Images) BEIRUT: Gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah di Lubnan berkuat kuasa pada Rabu selepas lebih setahun pertempuran yang mengorbankan ribuan nyawa. Gencatan senjata bermula 4 pagi itu… Read More