4 kru bot tunda hampir karam berjaya diselamat Posted on 30/12/2024 Empat kru termasuk tiga warga Indonesia yang berjaya diselamatkan selepas bot tunda dinaiki mereka hampir karam. (Gambar Facebook) PETALING JAYA: Empat termasuk tiga warga Indonesia berjaya diselamatkan selepas bot tunda mereka hampir karam dipukul ombak akibat cuaca buruk di kira-kira 12 batu nautika tenggara Kuantan berhampiran pantai Lagenda, Pekan, semalam. Pengarah Maritim Pahang, Mazlan Mat Rejab, berkata pihaknya menerima laporan melalui Pusat Sub Menyelamat Maritim (MRSC) Kuantan berhubung kejadian membabitkan bot tunda Muhibah AP 12 itu pada 7.40 malam. Katanya, berdasarkan maklumat awal, empat lelaki berusia antara 19 hingga 51 tahun dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan memakai jaket keselamatan. “Sebaik saja menerima laporan itu, bot ronda Penggalang 19 diatur gerak ke lokasi itu. Namun, bot tidak dapat ke lokasi akibat cuaca buruk. “Bagaimanapun kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi, MRSC Kuantan dimaklumkan oleh polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pekan bahawa semua mangsa berjaya diselamatkan,” katanya dalam kenyataan hari ini. Menurutnya, semua mangsa diselamatkan melalui jalan pantai berikutan jarak lokasi bot tunda yang terkandas adalah berhampiran dengan pesisir pantai. “Semua mangsa dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. “Operasi Carilamat ditamatkan pada 4 pagi,” katanya. News
Storm alert: Heavy rain, thunderstorms set to lash 10 states and Federal Territories Posted on 25/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 24 — Thunderstorms and heavy rain with strong winds are expected to occur in 10 states as well as the Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya Federal Territories, until 7pm tonight, according to the Meteorological Department (MetMalaysia). In a warning issued at 3.3 pm MetMalaysia said the areas… Read More
Erdogan ‘amat yakin’ Trump akan ambil langkah tamatkan konflik perang Posted on 09/11/2024 Recep Tayyip Erdogan menaruh keyakinan Donald Trump yang akan kembali ke Rumah Putih akan mengambil ‘langkah-langkah’ perlu menamatkan peperangan di Gaza dan Lubnan. (Gambar AP) ISTANBUL: Tiada perang lain menjadikan wanita dan kanak-kanak sebagai sasaran secara langsung seperti yang berlaku dalam genosid yang berterusan di Gaza, kata Presiden Turki Recep… Read More
Interim report on separation of AG powers to be presented to Cabinet, says Fahmi Posted on 16/11/2024 PUTRAJAYA, Nov 15 — An interim report on the study of the separation of powers between the Attorney General (AG) and Public Prosecutor (PP) will be presented to the Cabinet in the near future. Communications Minister Fahmi Fadzil, who is also unity government’s spokesperson, said the government remains committed to… Read More