4 lelaki diberkas dipercayai terlibat samun di Seri Iskandar Posted on 22/12/2024 Kesemua suspek direman selama lima hari hingga 26 Dis untuk siasatan lanjut, kata Ketua Polis Perak Tengah Hafezul Helmi Hamzah. PETALING JAYA: Polis memberkas empat lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan samun di sekitar Seri Iskandar tidak sampai 24 jam lepas. Ketua Polis Perak Tengah Hafezul Helmi Hamzah berkata, keempat-empat suspek berusia antara 27 tahun hingga 35 tahun itu ditahan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Perak Tengah pada kira-kira 11.40 malam tadi. Katanya, tangkapan itu dibuat susulan laporan polis dibuat pengadu di Balai Polis Seri Iskandar kira-kira 10 pagi semalam. “Kesemua suspek direman selama lima hari hingga 26 Dis untuk siasatan lanjut,” katanya, lapor Bernama. Menurut Hafezul Helmi, kertas siasatan dibuka bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan. Sehubungan itu, beliau menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian jenayah itu agar menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Perak Tengah Mohamad Zulkarnain Jusoh di talian 013-9740294. News
Malaysian Bar appeals High Court’s rejection of challenge to Najib’s pardon Posted on 04/01/2025 PUTRAJAYA, Jan 3 — The Malaysian Bar has filed an appeal against the High Court’s decision to dismiss its bid to challenge the Pardons Board’s decision to reduce Datuk Seri Najib Razak’s prison sentence and fine in the SRC International Sdn Bhd case. Lawyer Zainur Zakaria, representing the Malaysian Bar,… Read More
Court rules purchasers’ suit against property owner must go to trial Posted on 08/11/2024 Eleven purchasers of retail units in the now-abandoned Empire Remix 1 project in Subang Jaya, Selangor, are suing property owner Projek Muara Sdn Bhd and developer True Renaissance Development Sdn Bhd over their failure to complete the project. KUALA LUMPUR: The High Court has rejected a property owner’s application to… Read More
Mayat tanpa pengenalan diri ditemukan di Kuala Kangsar Posted on 23/12/2024 Ketua Polis Kuala Kangsar, Heisham Harun, minta orang ramai yang punyai maklumat berkait penemuan mayat tanpa pengenalan diri supaya hubungi polis. IPOH: Mayat seorang lelaki tanpa pengenalan diri ditemukan orang awam di Sungai Kampung Punti, Padang Ampang dekat Kuala Kangsar. Heisham Harun. Ketua Polis Kuala Kangsar, Heisham Harun, berkata pemeriksaan… Read More