4 maut selepas hadir konsert malam tahun baharu Posted on 02/01/2025 Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan, berkata siasatan ke atas mangsa berusia antara 20 hingga 40 tahun mendapati tiada kecederaan luaran. PETALING JAYA: Empat warga tempatan masing-masing dua lelaki dan dua wanita meninggal dunia selepas menghadiri Konsert Pinkfish di Bandar Sunway, semalam. Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan, berkata pihaknya menerima empat laporan daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berhubung kematian tersebut. “Hasil siasatan pihak polis mendapati keempat-empat si mati ini telah menghadiri Konsert Pinkfish di Bandar Sunway pada 31 Dis 2024. “Proses bedah siasat telah dijalankan 1 Jan 2025, namun punca kematian kami masih menunggu hasil makmal“ katanya dalam kenyataan. Hussein berkata, hasil pemeriksaan terhadap semua mangsa yang berumur antara 20 hingga 40 tahun mendapati tiada kecederaan luaran dikesan. Katanya, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau keracunan. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Mohd Ridzal Puat di di talian 03-56382122 atau Pusat Kawalan Daerah di talian 03-78627222 untuk menyalurkan maklumat. News
Biden to launch Gaza ceasefire push right away, adviser says Posted on 28/11/2024 Outgoing US President Joe Biden aims to secure a Gaza ceasefire, ensure the hostages’ release, and end the war with Hamas out of power. (EPA Images pic) WASHINGTON: US president Joe Biden will launch a renewed drive Wednesday for a Gaza ceasefire and hostage release deal after Israel and Hezbollah began… Read More
Stay alert, avoid human trafficking syndicates, scammers, cops warn tech grads Posted on 14/11/2024 Bukit Aman CID director Shuhaily Zain said that job offers in certain countries should be thoroughly verified by job-seekers to avoid falling into scams or human trafficking traps. MELAKA: Graduates with technology expertise, especially in the information and communications (ICT) field, should exercise caution to avoid becoming victims of human… Read More
Australian sprinter, 16, betters Bolt to smash record Posted on 07/12/2024 Gout Gout also now holds the second-fastest time in history for athletes under the age of 18, overtaking Usain Bolt’s (pictured) 20.13. (EPA Images pic) SYDNEY: Australian sprint prodigy Gout Gout clocked the fastest time ever by a 16-year-old to smash the national 200m record on Saturday and do something… Read More