4 tentera Malaysia cedera dalam serangan Israel di Lubnan Posted on 08/11/2024 The Malaysian Battalion 850-12 (Malbatt 850-12) team serving under the United Nations Interim Force in Lebanon (Unifil) during the sending-off ceremony for the first batch of MALBATT 850-12 to Lebanon at the Subang Air Base yesterday. PETALING JAYA: Beberapa anggota Pasukan Batalion Malaysia (Malbatt 850-12) yang berlepas ke Lubnan semalam dikhuatiri cedera susulan insiden letupan di negara itu, kata Menteri Pertahanan Khaled Nordin. Bernama melaporkan Khaled sebagai berkata, pasukan itu yang bernaung di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (Unifil) dipercayai cedera terkena serpihan letupan. Mereka berada di sana bagi menyambung misi pengaman di negara bergolak itu. Dalam pada itu, Reuters melaporkan, satu serangan Israel di bandar selatan Lubnan, Sidon, membunuh tiga warga Lubnan selain mencederakan tiga askar negara itu, manakala empat askar Malaysia daripada Unifil. Tentera Lubnan berkata, serangan menyasarkan sebuah kereta ketika melepasi pos pemeriksaan, sekali gus membawa kematian tiga warga Lubnan yang berada dalam kenderaan berkenaan. Askar yang cedera bertugas di pos itu dengan anggota Unifil yang cedera berada dalam kenderaan pasukan pengaman PBB tersebut, yang pada masa sama melalui pusat pemeriksaan terbabit, menurut kenyataan tentera. Penghantaran dan penugasan Malbatt 850-12 pertama ke Lubnan berlepas dari Pangkalan Udara Subang, semalam, yang menjadi sebahagian persefahaman dengan PBB bagi misi keamanan di negara berkenaan. Semalam, Khaled berkata pasukan Malbatt 850-11 ketika ini bertugas di selatan Lubnan dilaporkan selamat. Katanya, kerajaan khuatir akan serangan udara, namun sejak akhir-akhir ini tiada serangan seumpama itu. “Selain itu, kawasan yang berada di bawah tanggungjawab anggota terletak sedikit ke dalam dan bukan betul-betul di sempadan antara Lubnan dan Israel,” katanya menurut Bernama. News
Selangor Budget 2025: RM34.27m to tackle flood mitigation across key river basins Posted on 16/11/2024 SHAH ALAM, Nov 15 — The Selangor government has allocated RM34.27 million under Selangor Budget 2025 to ensure the effectiveness of flood mitigation project management. Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari said the river basins involved in the projects included Sungai Klang with an allocation of RM18.7 million, Sungai Langat… Read More
SPM di negeri terjejas banjir berjalan lancar, kata Fadhlina Posted on 02/12/2024 Trak tentera menghantar calon SPM ke Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang Empat di Tumpat hari ini. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di semua negeri terjejas banjir berjalan lancar pada hari pertama, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek. Beliau berkata proses pemindahan calon SPM terjejas banjir menerusi Op… Read More
Pickford superb as Everton grind out point at West Ham Posted on 10/11/2024 Everton goalkeeper Jordan Pickford and West Ham United’s Jarrod Bowen react after Pickford makes a crucial save during their Premier League match at the London Stadium. (AP pic) LONDON: Everton goalkeeper Jordan Pickford made a superb stoppage-time save to earn his side a gritty Premier League point in a 0-0… Read More