5 sekeluarga termasuk bayi maut nahas Posted on 12/01/2025 Pemangku Pengarah Bomba Pahang, Wan Ahmad Fadillah Wan Abdul Rahman, berkata kenderaan dinaiki mangsa bertembung dengan MPV. (Gambar JBPM) KUANTAN: Lima sekeluarga maut termasuk seorang bayi selepas kereta dinaiki bertembung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Nenasi-Rompin, berhampiran Kampung Sembayan, Nenasi, Pekan, malam ini. Pemangku Pengarah Bomba Pahang, Wan Ahmad Fadillah Wan Abdul Rahman, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 7.15 malam dan 23 anggota dari Balai Bomba Nenasi serta Kuala Rompin digegaskan ke lokasi kejadian. “Kemalangan berlaku ketika sebuah kereta Proton Wira Aeroback dinaiki keluarga itu dalam perjalanan dari Rompin ke Nenasi, manakala MPV Nissan Grand Livina bergerak dari Nenasi ke Rompin. “Akibat kemalangan itu, kereta Proton Wira Aeroback yang dinaiki oleh lima mangsa iaitu lelaki dan wanita dewasa serta masing-masing kanak-kanak lelaki dan perempuan serta seorang bayi maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan. Beliau berkata, dua lagi mangsa menaiki Nissan Grand Livina mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Rompin untuk mendapatkan rawatan, manakala mangsa maut akan dibawa ke Hospital Pekan untuk proses bedah siasat. Beliau berkata, identiti semua mangsa masih dalam siasatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. News
Jontih mahu saman SMM dan 2 individu RM30 juta Posted on 05/12/2024 Bekas CEO SMM Jontih Enggihon rancang menuntut ganti rugi atas apa yang didakwanya sebagai konspirasi berniat jahat yang telah cemar nama baiknya dan menyebabkan dia alami tekanan mental. (Gambar PKINK) PETALING JAYA: Bekas CEO sebuah syarikat yang terlibat dalam siasatan rasuah membabitkan beberapa Adun Sabah mengumumkan rancangan untuk memfailkan saman… Read More
Bekas MB Perlis mengaku tak salah tuduhan pilihan salah guna RM1.06 juta Posted on 12/11/2024 Bekas MB Perlis Azlan didakwa atas tuduhan mengikut Kanun Keseksaan, Akta SPRM dan Amla. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Bekas menteri besar Perlis Azlan Man mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima tuduhan pilihan menyalahgunakan wang berjumlah RM1.06 juta milik kerajaan Perlis. Tuduhan dibacakan terhadap Azlan,… Read More
5 medics dead after Israel pounds southern Lebanon, outskirts of Beirut Posted on 23/11/2024 Hezbollah said it had fired rockets at Israeli troops east of Khiyam at least four times today. (EPA Images pic) BEIRUT: Israeli forces pounded southern Lebanon and the outskirts of the capital Beirut today, killing at least five medics, and ground troops clashed with Hezbollah fighters in the south. Israel… Read More