8 pelajar sekolah agama swasta dituduh cederakan 3 pelajar Posted on 11/11/2024 Lapan pelajar sebuah sekolah agama swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah hari ini kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap tiga pelajar lain. KUALA PILAH: Lapan pelajar sebuah sekolah agama swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap tiga pelajar lain di Rembau, bulan lepas. Empat daripada pelajar berusia 15 tahun mengaku tidak bersalah dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun, manakala seorang lagi berusia 16 tahun mengaku bersalah. Dua pelajar berusia 17 tahun pula mengaku bersalah atas kesalahan mencederakan seorang pelajar lain berusia 15 tahun. Seorang lagi tertuduh yang berusia 17 tahun, mengaku salah atas pertuduhan sama terhadap pelajar lelaki lain berusia 15 tahun. Perbuatan berkenaan didakwa dilakukan mereka pada 16 Okt lepas antara lebih kurang 1 pagi hingga 5.30 petang di asrama sebuah sekolah agamar swasta di Rembau. Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan penjara maksimum tujuh tahun dan denda serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara hingga setahun dan denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khairunnisa Zainuddin manakala semua tertuduh diwakili peguam masing-masing termasuk dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Norfazrin Jamal. Majistret Saiful Sayoti kemudian membenarkan jaminan RM2,000 bagi setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Dis sebagai tarikh sebutan semula kes untuk laporan akhlak. News
Nadal may skip singles action in Davis Cup farewell if it helps Spain Posted on 17/11/2024 Rafa Nadal has been severely hampered in the past two seasons by a serious hip injury and a string of minor problems. (AP pic) MADRID: Rafa Nadal said he could skip singles matches at the Davis Cup Finals in Malaga this week and limit himself to doubles action if it… Read More
UPNM senior claims trial to pressing steam iron on junior’s chest Posted on 08/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 8 — A suspect in the Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) abuse case has pleaded not guilty to a charge of voluntarily causing hurt with a dangerous weapon. New Straits Times reported the senior, Amirul Iskandar Ahmad Norhanizan, 22, claimed trial to the charge of pressing a… Read More
King and Queen mourn passing of Johor Council of Royal Court secretary Posted on 17/11/2024 JOHOR BAHRU, Nov 16 — His Majesty, Sultan Ibrahim, the King of Malaysia and Her Majesty Raja Zarith Sofiah, the Queen of Malaysia expressed their condolences over the demise of Johor Council of Royal Court secretary and former Johor State Secretary Datuk Abdul Latiff Yusof. Information on his death was… Read More