9 diambil keterangan berhubung kematian pelatih Palapes Posted on 28/11/2024 Ketua Polis Selangor Hussein Omar berkata, ketika kejadian, pelatih itu sedang menjalani ujian kecergasan sebelum mengikuti latihan asas Palapes tahun depan. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Polis mengambil keterangan daripada sembilan orang saksi termasuk pengadu dalam siasatan berhubung kematian seorang pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) setakat ini. Ketua Polis Selangor Hussein Omar berkata, siasatan mendapati pelatih itu menyertai Palapes di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam sejak Oktober tahun ini dan sedang menjalani ujian kecergasan sebelum mengikuti latihan asas tahun depan. “Pada hari kejadian, si mati didenda melakukan tekan tubi oleh jurulatih kerana ketinggalan dalam sesi larian. Si mati dilihat melompat-lompat sebelum terjatuh rebah,” katanya dalam kenyataan. Menurut Hussein, ketika menerima rawatan awal di wad kecemasan zon merah Hospital Shah Alam, pelatih tersebut dalam keadaan separa sedar dengan suhu badan yang tinggi. Dia juga tidak memberikan tindak balas positif apabila diberikan rawatan awal, tambahnya. “Si mati mengalami kekejangan dan rawatan susulan telah diberikan sebelum si mati dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Shah Alam. “Tiada terkesan sebarang kecederaan luaran pada badan si mati,” katanya. Menurut Hussein, pelatih itu disahkan meninggal dunia pada kira-kira 2.01 pagi, 13 Nov. “Punca kematian adalah disebabkan ‘heat stroke with multiorgan failure’. “Siasatan diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. Beliau berkata, pihaknya menerima laporan daripada bapa pelatih itu pada petang 15 Nov, menyatakan beliau menerima panggilan telefon daripada Hospital Shah Alam pada 10 Nov tentang anaknya dimasukkan ke hospital itu dalam keadaan tidak sedarkan diri. Polis menggesa individu yang mempunyai maklumat lanjut agar menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Mohd Khairi Kamaruddin menerusi talian 012-2666025. Terdahulu, media melaporkan seorang pelatih Palapes UiTM Muhammad Amir Rusyaidi Muhammad Zaidi, meninggal dunia pada 13 Nov selepas didakwa menjalani sesi latihan jerih dan tidak berjadual. Bapanya mendakwa Amir mengalami pelbagai penderaan termasuk dipijak dadanya dan ditunggang oleh jurulatihnya. Katanya, pelatih itu dibiarkan dalam keadaan tidak sedarkan diri di tengah padang dalam cuaca terik selama lebih kurang 30 minit sebelum dibantu oleh rakan. Terdahulu, pihak tentera menegaskan tidak akan melindungi atau berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam kes ini, dan siasatan akan dilaksanakan dengan terperinci. UiTM pula berkata, pihaknya telah melaksanakan penelitian semula dan memperkukuh prosedur berkaitan latihan dan mekanisma pemantauan berhubung aktiviti kokurikulum badan beruniform. News
Yields soar as likely Trump win stirs ‘bond vigilantes’ Posted on 06/11/2024 The benchmark 10-year Treasury yield rose by as much as 18 basis points to 4.471%, its highest since July. (GettyImages pic) SINGAPORE: US Treasuries dropped today, sending yields surging, as Donald Trump stood on the cusp of a second presidency that could usher in tax cuts and tariff hikes that… Read More
Kanak-kanak dibawa masuk dari Singapura diselamatkan di Kuantan Posted on 27/11/2024 Ketua Polis Johor M Kumar mengumumkan kejayaan polis selamatkan seorang kanak-kanak yang dipercayai dilarikan, hasil risikan dan maklumat orang awam. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak warga China dipercayai dilarikan oleh individu yang tidak dikenalpasti telah diselamatkan polis di Kuantan, Pahang dalam tempoh kurang dari 24 jam selepas laporan dibuat…. Read More
Detainee who fled Melaka court nabbed 2 days later Posted on 28/11/2024 A customs officer filed a police report at 11.30am on Monday after the detainee fled from the Alor Gajah court complex with both hands cuffed. (Facebook pic) PETALING JAYA: Police have arrested a 38-year-old detainee who escaped from custody at the Alor Gajah court complex in Melaka on Monday. Melaka… Read More