Terima kasih Zahid kerana lupakan perselisihan, kata Tajuddin Posted on 27/11/2024 Keahlian Umno bekas Ahli Parlimen Tajuddin Abdul Rahman digantung enam tahun berakhir semalam dengan keputusan sebulat suara MKT. PETALING JAYA: Tajuddin Abdul Rahman berterima kasih kepada Presiden Umno Zahid Hamidi kerana melupakan perselisihan antara mereka, susulan keputusan kepimpinan parti untuk menarik balik penggantungan keahlian enam tahun. Bekas Ahli Parlimen Pasir Salak itu juga menerima baik teguran Zahid, dan mahu menjalin kerjasama yang erat dengan pemimpin tertinggi parti. “Sebagaimana yang kita tahu pada hari ini, Umno menghadapi cabaran yang sengit terutama sekali dalam menghadapi PRU16 yang akan datang, banyak perkara yang perlu dibuat untuk menarik sokongan pengundi dan rakyat pada keseluruhannya untuk memilih Umno sebagai wakil kepada rakyat,” katanya dalam video di Facebook, malam tadi. Penarikan balik penggantungan keahlian itu diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat majlis kerja tertinggi Umno semalam, yang dipengerusikan Zahid. Tajuddin digantung keahlian bermula September 2022 selepas secara terbuka mengkritik Umno, berikutan penyingkirannya sebagai ahli MKT pada Jun tahun yang sama. Beliau juga menggesa Zahid meletakkan jawatan. Tajuddin, 76, mewakili rakyat Pasir Salak selama tiga penggal, melalui PRU 2008, 2013, dan 2018. News
Islamabad locked down ahead of rallies seeking ex-PM’s release Posted on 24/11/2024 Most major roads in Islamabad have been blocked by the Pakistani government. (EPA Images pic) ISLAMABAD: Pakistan’s capital was put under a security lockdown today ahead of protests by supporters of jailed former prime minister Imran Khan calling for his release. Highways leading to Islamabad through which supporters of Khan,… Read More
Too early to discuss Perikatan’s ‘poster boy’ for GE16, Bersatu veep Faizal tells PAS allies Posted on 23/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 23 – Perikatan Nasional (PN) reportedly has yet to determine its candidate for prime minister in the 16th general election (GE16), as discussions on election strategies are considered premature. Parti Pribumi Bersatu Malaysia Vice-President Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu was quoted saying the coalition’s leadership had however… Read More
Buffett refines plans for his fortune, donates more Berkshire shares Posted on 26/11/2024 Warren Buffett said he is also donating another US$1.14 billion of Berkshire stock to four family foundations. (AP pic) NEW YORK: Warren Buffett, the legendary investor and chairman of Berkshire Hathaway, has made further preparations for giving away his fortune after his death. Buffett, 94, plans to donate 99.5% of… Read More