Warganet selar exco Kelantan cadang banjir jadi produk pelancongan Posted on 29/11/2024 Dilaporkan petang ini bahawa lebih 51,000 orang terpaksa berpindah dari rumah mereka akibat banjir di pantai barat Semenanjung. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Pengguna media sosial menyelar rancangan kerajaan Kelantan menjadikan musim tengkujuh, yang mengakibatkan banjir saban tahun, sebagai produk pelancongan, menyifatkan cadangan sedemikian sebagai tidak sensitif dan ‘bodoh’. Awal hari ini, Astro Awani melaporkan Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kelantan Kamarudin Md Noor sebagai berkata, kerajaan negeri sedang mengkaji langkah mempromosikan kegiatan seperti luncur air dan makanan tradisi musim tengkujuh untuk menarik pelancong. Kamarudin berkata, usaha itu dicadangkan memandangkan Kelantan ‘sepi’ tanpa kehadiran pelancong pada musim itu. Pengguna media sosial, terutamanya di X, kebanyakannya mengutuk cadangan itu, antaranya mengingatkan exco itu bahawa banyak nyawa terkorban akibat banjir. Seorang pengguna X, @ZacZakirin13 menyifatkan kenyataan Kamarudin sebagai ‘bodoh’. “Tak sensitif langsung, setiap tahun banjir, mesti kita akan terbaca (kisah) insan tidak berdosa meninggal dunia akibat banjir,” katanya. “(Exco) ini boleh terfikir nak buat aktiviti pelancongan (ketika musim tengkujuh). Memang ‘out of touch’!” Seorang lagi pengguna X, @XavierNaxa berkata, sebagai rakyat Kelantan, beliau ‘malu dengan pemikiran sebegini’. “Kami rakyat Kelantan sedang berdepan musibah besar, peliknya mereka seolah-olah mahu meraikannya “Kalau bodoh boleh gilap jadi berlian, rasanya mereka dah boleh jadi jutawan,” katanya. Sementara itu, @eKharus bertanya bagaimana pemimpin sebegini boleh diundi pada pilihan raya. Dilaporkan petang ini bahawa lebih 51,000 orang terpaksa berpindah dari rumah mereka akibat banjir di pantai barat Semenanjung. Di Kelantan, negeri paling teruk terjejas, 42,048 mangsa ditempatkan di 189 pusat pemindahan sementara (PPS) di 10 daerah. News
US drops Malaysia from currency ‘monitoring list’ Posted on 15/11/2024 WASHINGTON, Nov 15 — The United States has added South Korea to its “monitoring list” of major trading partners whose currency practices call for closer attention, according to a Treasury Department report released Thursday. The semi-annual report looks into countries with large trade surpluses with respect to the United States… Read More
Biden to launch Gaza ceasefire push right away, adviser says Posted on 28/11/2024 Outgoing US President Joe Biden aims to secure a Gaza ceasefire, ensure the hostages’ release, and end the war with Hamas out of power. (EPA Images pic) WASHINGTON: US president Joe Biden will launch a renewed drive Wednesday for a Gaza ceasefire and hostage release deal after Israel and Hezbollah began… Read More
Nearly 100 food aid trucks violently looted in Gaza, say UN agencies Posted on 19/11/2024 Aid workers stand near World Food Programme trucks bound for Gaza. (EPA Images pic) GENEVA/CAIRO: Nearly 100 trucks carrying food for Palestinians were violently looted on Nov 16 after entering Gaza, in one of the worst aid losses during 13 months of war in the enclave where hunger is deepening,… Read More