AI, pendigitalan, ekonomi hijau tawar pilihan kerjaya baharu Posted on 29/11/2024 Kajian Impak AI, Digital, dan Ekonomi Hijau terhadap Tenaga Kerja Malaysia beri tumpuan kepada 10 sektor utama yang menyumbang RM933 bilion atau 60% KDNK Malaysia pada 2023. PETALING JAYA: Dalam pada Malaysia melakukan peralihan kepada kecerdasan buatan (AI), pendigitalan dan ekonomi hijau untuk kekal berdaya saing dan mampan, ratusan ribu pekerjaan mungkin terhapus, menurut kajian Talent Corporation Malaysia Bhd (TalentCorp). Ironinya, sementara lebih banyak syarikat menerima pakai peralihan yang tidak dapat dielakkan ini, majikan semakin mencari bakat dengan kemahiran khusus dalam bidang tersebut, menurut kajian itu. Kajian itu mendedahkan 620,000 pekerjaan atau 18% daripada 3.5 juta pekerja, merentas 10 sektor utama ekonomi berisiko tinggi mengalami penumpuan atau penggantian oleh AI, pendigitalan dan ekonomi hijau, dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang. Sementara itu, 1.8 juta lagi atau 53% terdiri pekerja berimpak sederhana yang perlu berkembang dan meningkatkan kemahiran untuk mencapai jangkaan baharu. Kemunculan trend transformatif ini secara asasnya akan mengubah konsep pekerjaan di Malaysia. “Apabila AI dan transformasi digital membentuk semula sifat pekerjaan, peranan yang sangat terkesan dikenal pasti kebanyakannya (melibatkan tugas) manual dan rutin, memerlukan kemahiran minimum, beroperasi dalam persekitaran yang boleh diramal dan didorong oleh data. “Dalam jangkaan peralihan ini, kerajaan menyasarkan untuk mendorong kebolehan tenaga kerja kita melalui inisiatif peningkatan kemahiran dan pemahiran semula untuk memastikan (golongan) profesional Malaysia memiliki kecekapan penting dalam AI, ekonomi digital dan hijau, melengkapkan mereka untuk mencapai prestasi cemerlang dalam ekonomi berorientasikan masa depan,” menurut laporan TalentCorp. Kajian Impak AI, Digital, dan Ekonomi Hijau terhadap Tenaga Kerja Malaysia memberi tumpuan pada 10 sektor utama iaitu aeroangkasa; kimia; elektrik dan elektronik (E&E); tenaga dan kuasa; pembuatan dan perkhidmatan makanan; perkhidmatan perniagaan global; ICT; peranti perubatan, pembuatan farmaseutikal; dan perdagangan borong dan runcit. Secara kolektif, sektor ini menyumbang RM933 bilion atau 60% keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia pada 2023. Sektor paling terkesan Kajian itu mendapati, syarikat multinasional (MNC) yang besar menerima pakai teknologi AI dan digital dengan pantas, mengakibatkan pengurangan tenaga kerja yang ketara disebabkan oleh kecekapan dan kebolehpercayaan automasi. Sebaliknya, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mewakili 90% sektor E&E, mengguna pakai teknologi ini pada kadar lebih perlahan. Disebabkan populasinya yang besar, pekerja dalam sektor perdagangan borong dan runcit serta pembuatan dan perkhidmatan makanan paling ramai terjejas hebat. Dalam sektor perkhidmatan perniagaan global (GBS), diketahui 32% populasi pekerjanya sangat terkesan, sebahagian besarnya disebabkan sifatnya yang berulang dan berciri transaksi, menjadikannya lebih rentan kepada automasi dan kemajuan teknologi. “Banyak pekerjaan GBS terutama dalam perakaunan, undang-undang dan kewangan, berada pada ambang transformasi kepada peranan digital global, menyumbang 40% daripada unjuran 73 juta pekerjaan digital global,” menurut laporan itu. Menteri Sumber Manusia Steven Sim berkata kementeriannya sedang berusaha membantu mengalihkan 620,000 pekerjaan sangat terkesan kepada peranan lain dalam sektor sama atau yang lain. Bagaimanapun, ada hikmahnya kerana peralihan ini dimudahkan oleh penyelesaian analisis lanjutan, membolehkan GBS menawarkan perkhidmatan baharu, seperti menjejak dan melaporkan prestasi alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG). Laporan itu menyatakan, ekonomi hijau merevolusikan pasaran kerja dan mewujudkan ruang untuk golongan profesional meningkatkan kemahiran mereka dan menyumbang kepada masa depan yang mampan melalui inisiatif ESG. Kajian itu mengenal pasti 60 peranan baru muncul seperti jurutera AI, pakar kemampanan dan jurutera bioproses, yang penting untuk memajukan ekonomi hijau dan digital Malaysia. Saranan utama Hasil kajian itu, 10 inisiatif utama dicadangkan untuk memenuhi keperluan pelbagai sektor. Cadangan itu merangkumi empat kumpulan pihak berkepentingan utama iaitu kerajaan, pemain industri, ahli akademik dan penyedia latihan. Bagi kerajaan, ia melibatkan pemberian insentif kewangan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D), sokongan kewangan untuk meningkatkan kemahiran dan memahirkan semula pekerja, serta menggabungkan prasarana sedia ada seperti pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) dan pusat kecemerlangan. Tugas pemain industri adalah merangka program latihan dan pembangunan dalaman, strategi pengekalan bakat, dan mengukuhkan kerjasama yang dipacu industri. Ahli akademik pula perlu menyegarkan semula kurikulum pendidikan mereka untuk mengharungi revolusi digital dan AI, dan melanjutkan program latihan. Akhir sekali, penyedia latihan perlu membangunkan program latihan kelayakan mikro dan jurulatih bertauliah sedia ada. Bagi pekerja dalam pekerjaan yang sangat terkesan, laluan kerjaya baharu tersedia dengan peningkatan kemahiran dan/atau pemahiran semula yang diperlukan, menurut laporan itu. Kerajaan berperanan penting Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, berkata kementeriannya sedang berusaha membantu mengalihkan 620,000 pekerjaan yang sangat terkesan kepada peranan lain dalam sektor sama atau yang lain. “Teknologi boleh menggantikan pekerjaan tetapi juga boleh mewujudkan peluang pekerjaan baharu,” katanya pada pelancaran laporan itu minggu lalu. Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) melalui TalentCorp akan melaksanakan usaha merentasi agensi kerajaan, industri dan bidang akademik untuk menjadikan tenaga kerja Malaysia kalis masa depan agar mampu menghadapi perubahan teknologi dan persekitaran yang pesat. Bagi membantu usaha ini, Sim berkata, menerusi dana RM3 bilion kementerian, levi, kredit biasiswa dan geran sepadan akan ditawarkan untuk menyokong peningkatan kemahiran dan pemahiran semula tenaga kerja. Bantuan ini akan disediakan melalui platform MyMahir dan Akademi Kesuma yang akan dibangunkan tahun depan untuk menyediakan sumber yang diperlukan bagi pembangunan kemahiran dan kemajuan kerjaya. Platform ini akan menyepadukan hasil kajian TalentCorp untuk membantu pihak berkepentingan melengkapkan pekerja Malaysia dengan kemahiran sedia masa depan agar dapat mendepani perubahan akan datang. MyMahir, yang boleh diakses orang awam, pekerja dan majikan, menawarkan pandangan tentang trend industri, peranan pekerjaan, kemahiran diperlukan, laluan kerjaya dan program latihan yang tersedia merentasi pelbagai sektor. Fasa 1 kajian itu dijalankan dari April hingga September tahun ini dengan fasa 2, melibatkan tambahan 12 sektor disasarkan untuk tahun depan. Laporan penuh boleh dimuat turun di laman web TalentCorp , sebuah agensi bawah Kesuma. News
Woman-owned café in Indonesia’s Shariah stronghold shakes stigma Posted on 25/11/2024 A barista receives orders at Morning Mama, a cafe founded by Qurrata Ayuni in Banda Aceh. (AFP pic) BANDA ACEH: In what has been claimed to be the only woman-run café in the capital of Indonesia’s most conservative province, owner Qurrata Ayuni said she and her baristas provide an alternative… Read More
Detainee who fled Melaka court nabbed 2 days later Posted on 28/11/2024 A customs officer filed a police report at 11.30am on Monday after the detainee fled from the Alor Gajah court complex with both hands cuffed. (Facebook pic) PETALING JAYA: Police have arrested a 38-year-old detainee who escaped from custody at the Alor Gajah court complex in Melaka on Monday. Melaka… Read More
Dewan Bahasa denies destroying Iban literature, books Posted on 10/11/2024 Dewan Bahasa dan Pustaka said researchers and the public could inspect the preserved titles by visiting the Borneo collection at its Sarawak branch. KUALA LUMPUR: The national language and literature agency Dewan Bahasa dan Pustaka has denied allegations in a Facebook page that Iban literature and books had been burned… Read More