Banjir, tanah runtuh ragut 31 nyawa di Sumatera Utara Posted on 29/11/2024 Seorang lelaki mengharungi air banjir berikutan hujan lebat di Medan, Sumatera Utara, Indonesia, yang sedang menghadapi musim tengkujuh tahunan. (Gambar AP) JAKARTA: Hujan berterusan selama seminggu dilapor menyebabkan beberapa siri banjir dan tanah runtuh di seluruh wilayah Sumatera Utara Indonesia, mengorbankan sekurang-kurangnya 31 orang, menurut pihak berkuasa pada Jumaat. Susulan itu, Ketua Agensi Pengurusan Bencana Sumatera Utara Tuahta Ramajaya Saragih berkata, pihaknya telah mengemukakan permintaan untuk mengisytiharkan status kecemasan bencana kepada gabenor wilayah, lapor agensi berita Jerman dpa. Status yang dicadangkan, yang dilanjutkan hingga Disember, akan menyegerakan pengagihan bantuan dan menggerakkan sumber negara untuk membantu ribuan penduduk yang dipindahkan. “Hujan berintensiti tinggi terus melanda rantau ini, dan kami menjangkakan risiko bencana selanjutnya akan kekal tinggi sehingga sekurang-kurangnya awal Disember,” kata Saragih. Kemusnahan itu merentasi beberapa daerah, dari Medan ke kawasan luar bandar seperti Sibolangit dan Sayur Matinggi, menyebabkan komuniti terputus hubungan akibat tanah runtuh yang telah menimbus jalan raya, kata agensi bencana itu. Pasukan penyelamat sedang mengharungi keadaan yang berbahaya untuk membersihkan laluan akses dan mencari mangsa yang hilang, sementara tempat perlindungan sementara terpaksa menampung jumlah penduduk yang dipindahkan, tambah agensi itu. Indonesia sedang menghadapi musim tengkujuh tahunan yang sering membawa hujan lebat dan banjir teruk, terutamanya di kawasan rendah dan padat penduduk seperti Sumatera Utara. Bagaimanapun, pakar memberi amaran bahawa penebangan hutan dan pembandaran yang tidak dirancang dengan baik memburukkan lagi bencana itu, mengurangkan keupayaan landskap menyerap lebihan air dan meningkatkan kecenderungan kepada tanah runtuh. Minggu lepas, hujan lebat menyebabkan air sungai melimpah, menghanyutkan rumah, memusnahkan tanah ladang dan infrastruktur di Sumatera Utara, menurut agensi bencana itu. News
SST dijangka jana RM51.7 bilion pada 2025 Posted on 13/11/2024 Amir Hamzah Azizan berkata, sebahagian hasil cukai tambahan SST akan dimanfaat menambah baik bantuan tunai kepada rakyat terbanyak. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Penambahbaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang akan berkuat kuasa mulai 1 Mei 2025, dianggar menjana hasil RM51.7 billion pada 2025, kata Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan…. Read More
4 tentera Malaysia cedera dalam serangan Israel di Lubnan Posted on 08/11/2024 The Malaysian Battalion 850-12 (Malbatt 850-12) team serving under the United Nations Interim Force in Lebanon (Unifil) during the sending-off ceremony for the first batch of MALBATT 850-12 to Lebanon at the Subang Air Base yesterday. PETALING JAYA: Beberapa anggota Pasukan Batalion Malaysia (Malbatt 850-12) yang berlepas ke Lubnan semalam dikhuatiri cedera… Read More
Thai police: Solid evidence behind arrest of six Malaysians in Sg Golok, including popular Kelantan folk singer, for possessing yaba pills Posted on 09/11/2024 NARATHIWAT, Nov 9 — Thai police have confirmed that the arrest of six Malaysians, including a female singer, at a hotel in Sungai Golok on Nov 1 was based on solid evidence. Sungai Golok district police chief Col. Pol Jedsadavit Ingprapan said the investigation was supported by evidence found at… Read More