Situasi banjir tunjuk tanda pulih, kata Zahid Posted on 02/12/2024 Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi menasihatkan mereka yang terjejas banjir menjaga kebersihan diri dan kawasan tempat tinggal, terutama selepas kembali ke rumah masing-masing dari PPS. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Situasi banjir di seluruh negara mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan, dengan jumlah mangsa dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS) mencatatkan trend penurunan, kata Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi. Zahid yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, setakat 1 tengah hari tadi, jumlah PPS masih beroperasi berkurang sebanyak 13.69% kepada 561 PPS, manakala jumlah keluarga terjejas menurun sebanyak 8.7% kepada 37,759 keluarga. Beliau berkata, dua negeri paling teruk terjejas iaitu Kelantan dan Terengganu, turut merekodkan trend sama, dengan jumlah PPS masih beroperasi di Kelantan menurun sebanyak 11.07% kepada 217 PPS, manakala jumlah keluarga yang terjejas juga berkurang sebanyak 9.57% kepada 24,238 keluarga. “Situasi di Terengganu juga semakin baik, dengan jumlah PPS menurun sebanyak 16.25% kepada 237 PPS dan jumlah keluarga terjejas berkurang sebanyak 6.14% kepada 9,990 keluarga,” katanya dalam hantaran di media sosial. Pada masa sama, Zahid mengingatkan walaupun keadaan ini membawa sedikit kelegaan, namun semua pihak yang terkesan harus terus berhati-hati dan mengutamakan keselamatan. “Janganlah bermain atau mendedahkan diri kepada air banjir, walaupun paras air semakin surut. Air banjir sering tercemar dan boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan seperti jangkitan kulit, penyakit bawaan air atau gigitan haiwan berbahaya,” katanya. Beliau juga menasihatkan mereka yang terjejas supaya menjaga kebersihan diri dan kawasan tempat tinggal, terutama selepas kembali ke rumah masing-masing daripada PPS, serta terus mematuhi arahan pihak berkuasa. Bagi yang masih berada di PPS, beliau menasihati mereka agar terus bersabar dan memberikan kerjasama sebaiknya kepada pasukan penyelamat serta petugas yang membantu, sambil turut mendoakan agar keadaan musibah ini akan terus bertambah baik. News
PM Anwar to lead two-year Madani govt milestone this Saturday Posted on 20/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 20 — Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim is scheduled to officiate the Two Years of Madani Government (2TM) Programme and the 2024 National Convention on Public Service Reform slated to be held at the Kuala Lumpur Convention Centre this Saturday. According to the programme itinerary shared… Read More
Kelantan angler’s grim discovery: Woman’s bloated body caught in fishing trap Posted on 15/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 15 — An angler made a gruesome discover early this morning when he went to check his fishing trap in Kampung Gaung, Pendek in Kelantan: the body of a woman was found floating near the riverbank. The woman, who was fully clothed and wearing a headscarf, was… Read More
NGO, resident appeal dismissal of Perhilitan suit over monkey culling Posted on 06/12/2024 Perhilitan previously denied culling 20 dusky leaf monkeys, saying it had only killed seven monkeys which were aggressive and frequently disturbed residents in Port Dickson. (File pic) PETALING JAYA: A wildlife rights NGO and a resident of a neighbourhood in Port Dickson are appealing the dismissal by the Seremban High… Read More