Isteri Cikgu Din meninggal dunia Posted on 03/12/2024 Cikgu Din atau nama sebenar Mohamad Izzudin Izhar, 34, sebelum ini tular di media sosial kerana berharap untuk ditukar ke Semenanjung bagi menemani isterinya yang menghidap kanser, Nur Atiqah My Yusoff, 30. (Gambar Facebook) PETALING JAYA: Isteri kepada seorang guru lelaki tular yang dikenali sebagai Cikgu Din dilaporkan meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, malam tadi. Perkara itu dimaklumkan Cikgu Din atau nama sebenar Mohamad Izzudin Izhar, 34, menerusi perkongsiannya di aplikasi WhatsApp. “Isteri saya telah menghembuskan nafas yang terakhir jam 9 (malam) tadi… saya mohon maaf kalau isteri saya ada salah silap, dan kalau ada hutang (Allahyarham) mohon beritahu saya,” katanya ringkas, menurut Berita Harian. Isteri Cikgu Din, iaitu Nur Atiqah My Yusoff, 30, yang menghidap kanser tulang rawan tahap empat menghembuskan nafas terakhir pada 9 malam. Solat jenazah Allahyarham diadakan di Masjid Putra Taman Desa SBJ Putra Pasir Pekan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baru. Cikgu Din tular di media sosial pada Oktober lalu selepas kisahnya yang resah dan berharap untuk bertukar ke Semenanjung untuk menemani isteri menghidap kanser, mendapat perhatian warganet. Guru yang bertugas di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Ming Wok, Kanowit, Sarawak itu juga dilaporkan sanggup berulang-alik dari Sarawak ke Kota Bharu, Kelantan setiap dua minggu untuk menemani isteri, dan membuat permohonan pertukaran apabila keadaan isteri semakin memburuk. Justeru KPM mengadakan perbincangan bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak dan Kelantan dan bersetuju untuk menempatkan Cikgu Din di sekolah berhampiran isterinya untuk tempoh sementara. Sementara itu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dalam hantaran di Facebook berkata beliau turut menerima perkhabaran duka pemergian isteri Cikgu Din dan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarganya. News
Jais cracks down on unauthorised zakat collectors, warns of legal action Posted on 24/11/2024 SHAH ALAM, Nov 23 — The Selangor Islamic Religious Department (Jais) will take stern action against individuals or parties collecting zakat (tithe) in the state without credentials from the Selangor Islamic Religious Council (Mais). Jais director Datuk Mohd Shahzihan Ahmad said the department was aware of certain individuals and parties… Read More
Debt-saddled Laos struggles to tame rampant inflation Posted on 17/11/2024 At a market in Vientiane, traders said business has never been slower, as families have seen their money’s value collapse since Covid-19. (EPA Images pic) VIENTIANE: Suffocating under a mountain of debt to China, communist Laos is struggling to tame rampant inflation, with food prices rising so sharply that a growing… Read More
WHO calls for stronger surveillance of H5N1 bird flu among animals Posted on 29/11/2024 The US Department of Agriculture last month confirmed the presence of H5N1 bird flu in a pig on a backyard farm in Oregon. (Reuters pic) GENEVA: A World Health Organization official on Thursday called for stronger surveillance in animals for evidence of infection with H5N1 bird flu in order to… Read More