Sultan Pahang seru jangan abai bahasa kebangsaan Posted on 04/12/2024 Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah Pahang mengambil langkah proaktif menguatkuasakan penggunaan bahasa Melayu dan tulisan Jawi pada semua papan tanda premis perniagaan serta jalan raya bermula 2020 lagi. (Gambar Bernama) KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menyeru rakyat tidak mengabaikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kerana ia bukan sekadar alat komunikasi, tetapi lebih daripada itu. Baginda bertitah, bahasa Melayu ialah lambang identiti budaya dan kedaulatan negara serta merupakan medium utama yang dapat memperkenalkan keunikan warisan, adat resam dan tradisi masyarakat ini kepada seluruh dunia. “Pahang sebagai negeri yang kaya dengan sejarah, alam semula jadi dan budaya, telah mengambil langkah proaktif dengan menguatkuasakan penggunaan bahasa Melayu dan tulisan Jawi pada semua papan tanda premis perniagaan serta jalan raya bermula 2020 lagi. “Tindakan daripada titah saya ketika itu, ialah manifestasi komitmen kita untuk memastikan identiti kita terus terpelihara dan dikenali. Tulisan Jawi, sebagai sebahagian daripada warisan bangsa, turut memainkan peranan penting dalam menonjolkan keaslian negeri ini,” titah baginda. Al-Sultan Abdullah bertitah demikian ketika berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Baharu Kampung Rengai, Lipis. Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah menyeru semua rakyat di negeri ini terutama pengusaha premis perniagaan, penggiat industri pelancongan dan masyarakat awam untuk terus mematuhi serta mendukung peraturan berkenaan. Baginda bertitah, bahasa Melayu dan tulisan Jawi perlulah dipastikan penggunaannya secara menyeluruh dan bukan sekadar memenuhi syarat, tetapi sebagai tanda cinta dan hormat kepada warisan bangsa. “Saya ingin mengingatkan, bahawa kita tidak perlu menjadi seperti ‘kaduk naik junjung’ terlalu teruja dengan bahasa dan budaya luar sehingga mengabaikan akar bangsa kita sendiri. Dalam usaha membangunkan negeri dan membuka pintu kepada pelancong dari serata dunia, kita tidak harus kehilangan jati diri. “Sebaliknya, kita mesti memastikan setiap yang melawati ke negeri Pahang, merasai keunikan budaya dan bahasa kita,” titah baginda. Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah turut mengingatkan kepada penduduk di negeri ini sentiasa bersiap siaga menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) berikutan hujan lebat ketika ini, mengundang cabaran dalam berhadapan sebarang kemungkinan berlaku banjir, tanah runtuh dan angin kencang. Baginda bertitah, persediaan awal menghadapi MTL amat penting dalam mengurangkan risiko kehilangan nyawa dan harta-benda, justeru penduduk negeri ini dinasihatkan sentiasa peka dengan amaran cuaca dan nasihat pihak berkuasa. “Pastikan keluarga khususnya warga emas dan kanak-kanak sentiasa berada di tempat yang selamat. Dalam menghadapi ujian, seperti musim tengkujuh ini, saya mengajak kita semua untuk sentiasa bertawakal kepada Allah SWT di samping berusaha melindungi diri dan keluarga. “Semoga dengan kesabaran dan doa, Allah mempermudah segala urusan kita dan melindungi negeri Pahang Darul Makmur daripada segala musibah,” titah baginda. News
Sorry for any unpleasant stay in Malaysia, Tourism Minister Tiong tells tourists from China Posted on 23/11/2024 SHANGHAI, Nov 23 — Tourism, Arts and Culture Minister Datuk Seri Tiong King Sing reportedly apologised to tourists from China over the country’s shortcomings. Speaking at the China International Travel Mart (CITM) in Shanghai, Tiong said several Chinese tourists have complained of “unpleasantness” while travelling in Malaysia. “For our shortcomings,… Read More
Malaysia Airlines flight diverted to Vietnam after technical issue Posted on 24/11/2024 Malaysia Airlines flight MH79 with 147 passengers and seven crew members was diverted to Ho Chi Minh City while en route from Hong Kong to Kuala Lumpur, this morning. (Malaysia Aviation Group pic) PETALING JAYA: A Malaysia Airlines flight from Hong Kong to Kuala Lumpur was diverted to Ho Chi… Read More
Revolution over but more protests than ever in Bangladesh Posted on 16/11/2024 Students from anti-discrimination movements and Bangladesh Nationalist Party activists attack an Awami League supporter in Dhaka. (AP pic) DHAKA: The solo protest of Bangladeshi hunger striker Mahbubul Haque Shipon is hard to spot among the six other demonstrations under way on the same busy thoroughfare. Shipon’s country is emerging from… Read More