BNM perhalusi cadangan tingkat guna rupee, ringgit dalam perdagangan Posted on 06/12/2024 BNM sedang perhalusi cadangan Reserve Bank of India untuk mewujudkan suatu rangka kerja bagi meningkatkan penggunaan ringgit dan rupee dalam perdagangan dua hala. KUALA LUMPUR: Bank Negara (BNM) sedang memperhalusi cadangan Reserve Bank of India (RBI) untuk mewujudkan Rangka Kerja Penyelesaian Mata Wang Tempatan (LCSF) bagi meningkatkan penggunaan ringgit dan rupee dalam perdagangan dua hala, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti). Usaha itu dijangka dapat menyokong dan memperkukuhkan pertumbuhan perdagangan dua hala antara Malaysia dan India, seterusnya memperluaskan peluang bagi usahawan dan pelabur di kedua-dua negara. Menurut kementerian, pelaksanaan perdagangan dalam rupee berpotensi memberikan kesan positif kepada perdagangan antara kedua-dua negara berikutan pengurangan kebergantungan pada dolar Amerika Syarikat. “Secara langsung, ia boleh mengurangkan kos transaksi mata wang asing, yang seterusnya dapat memberikan kesan kepada harga barangan yang lebih kompetitif,” katanya menerusi jawapan bertulis di laman sesawang Dewan Negara. Miti menjawab soalan Senator A Kesavadas Nair tentang adakah perdagangan dalam mata wang rupee akan mengurangkan harga kos barangan dan harga, susulan lawatan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke India yang meraih komitmen pelaburan bernilai RM4.5 bilion. Memetik rekod BNM, Miti berkata pelaksanaan perdagangan dua hala dalam barangan dan perkhidmatan yang diselesaikan dalam ringgit dan rupee meningkat daripada 4.4% pada 2022 kepada 4.8% pada 2023. Pada 11 Julai 2022, RBI mengeluarkan pekeliling menetapkan agar bank-bank di India menyediakan mekanisme bagi invois, pembayaran, dan penyelesaian perdagangan dalam rupee. “Selaras dengan inisiatif RBI, BNM memaklumkan bahawa perdagangan antara Malaysia dan India boleh diselesaikan dalam rupee dan India International Bank Malaysia (IIBM) merupakan bank pertama di Malaysia yang melaksanakan mekanisme ini melalui pembukaan Akaun Vostro Rupee Khas dengan Union Bank of India di India. “Lanjutan itu, syarikat-syarikat India juga digalakkan untuk melaksanakan transaksi dalam ringgit melalui Appointed Overseas Offices (AOO) yang dilantik oleh BNM di India,” katanya. News
Najib to enter defence on 1MDB charges, argue appeal for house arrest this week Posted on 01/12/2024 The Court of Appeal will hear Najib Razak’s challenge against a lower court’s refusal to hear his request for house arrest on Thursday. (Bernama pic) KUALA LUMPUR: Former prime minister Najib Razak will begin his defence this week against graft charges involving RM2.28 billion in 1MDB funds, and argue to… Read More
Dewan Rakyat passes Supply Bill 2025 at policy level, eyes on committee debate next Posted on 13/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 12 — The Dewan Rakyat today passed the Supply Bill 2025 at the policy level after debates began on October 21. The bill, tabled by Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, who is also finance minister on October 18, was passed by majority voice vote, and debate… Read More
Syed Saddiq’s legal battle continues as court sets March 19 next year for hearing for corruption case appeal Posted on 09/12/2024 KUALA LUMPUR, Dec 9 — The Court of Appeal has scheduled Syed Saddiq Abdul Rahman’s appeal hearing against his conviction and sentence for corruption on March 19 and 20, 2025. Deputy public prosecutor Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin confirmed the dates during a case management session today, the New Straits… Read More