Guan Eng kalah rayuan saman fitnah terhadap naib presiden MCA, The Star Posted on 06/12/2024 Pada Jun tahun lepas, Mahkamah Tinggi menolak saman Lim Guan Eng berhubung artikel pendapat Naib Presiden MCA Tan Teik Cheng dalam The Star pada 2022. (Gambar Bernama) PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi menolak saman fitnah Lim Guan Eng terhadap Naib Presiden MCA Tan Teik Cheng dan Star Media Group. Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim See Mee Chun, Hakim Azmi Ariffin dan Hakim Ahmad Kamal Shahid itu berpendapat, rayuan Lim tiada merit, lalu memerintahkan bekas ketua menteri Pulau Pinang itu membayar kos kepada Tan dan Star Media Group, masing-masing RM30,000 dan RM40,000. Ahmad Kamal berkata, seseorang yang munasabah akan menganggap Lim menjelaskan i isu pembiayaan SJK(C) Kuek Ho Yao itu, dan pertukaran namanya. “Pada pandangan kami, pembaca biasa yang berfikiran wajar, apabila membaca kenyataan itu secara keseluruhan, akan faham ia bertujuan mendapatkan penjelasan daripada perayu (Lim) berhubung dakwaan itu. “Orang ramai tidak pasti sama ada nama SJK(C) boleh ditukar, (dan) ini memerlukan penjelasan,” katanya. Ahmad Kamal menambah, Lim sepatutnya menjelaskan perkara itu ketika kempen PRN Johor, yang sedang berlangsung pada masa artikel yang dipertikaikan itu terbit. “Isu itu menarik minat besar masyarakat Cina di Johor dan memerlukan penjelasan. Ia isu pilihan raya yang jelas,” katanya. “Kami berpandangan, orang ramai sangat berminat (tentang perkara ini). Isu yang dibangkitkan jelas melibatkan kepentingan awam.” Pada Jun tahun lepas, Mahkamah Tinggi menolak saman Lim berhubung artikel pendapat Tan dalam The Star ketika PRN Johor pada 2022. Dalam saman itu, Lim mendakwa Tan membuat dakwaan palsu yang mempersoalkan motifnya memperuntukkan pembiayaan untuk sekolah itu ketika menjadi menteri kewangan. Tan memberitahu mahkamah, beliau menulis artikel itu selepas Lim memperuntukkan RM4 juta kepada SJK(C) Kuek Ho Yao pada PRN Johor. Katanya lagi, beliau mendapat maklumat yang boleh dipercayai bahawa sekolah itu bersetuju memasukkan nama sebuah projek perumahan dalam namanya, sebagai balasan. Sekolah itu kini dikenali sebagai SJK(C) Kuek Ho Yao @ Eco Spring tetapi mengekalkan nama asalnya dalam bahasa Mandarin. Simon Murali mewakili Lim selaku peguam, manakala Ng Kian Nam dan Abdullah Abdul Rahman masing-masing mewakili Tan dan Star Media Group. News
Sorry for any unpleasant stay in Malaysia, Tourism Minister Tiong tells tourists from China Posted on 23/11/2024 SHANGHAI, Nov 23 — Tourism, Arts and Culture Minister Datuk Seri Tiong King Sing reportedly apologised to tourists from China over the country’s shortcomings. Speaking at the China International Travel Mart (CITM) in Shanghai, Tiong said several Chinese tourists have complained of “unpleasantness” while travelling in Malaysia. “For our shortcomings,… Read More
Guns and explosives found in Athens flat, police say Posted on 20/11/2024 Anti-terrorist police officers investigating the scene of an explosion at an Athens apartment on Nov 1. On Wednesday, they were alerted to the discovery of guns and explosives at another apartment in the city. (EPA Images pic) ATHENS: Greek anti-terrorism police have found guns and explosives in a flat in… Read More
The N.Korean defectors turned K-pop idols of 1Verse Posted on 21/11/2024 The boy band 1Verse has four members: (L-R) Yu Hyuk, Kim Seok, Aito and Kenny. (Singing Beetle pic) PARIS: Originally, K-pop groups were first and foremost made up of South Koreans. But in recent years, this cultural industry has been enriched by talent from beyond the country’s borders. These include… Read More