Yoon mohon maaf, ikrar tak ulangi isytihar undang-undang tentera Posted on 07/12/2024 Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol mengisytiharkan undang-undang tentera pada Selasa malam, yang kemudiannya dibatalkan 6 jam kemudian selepas Dewan Negara menolaknya. (Gambar AP) SEOUL: Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol menyatakan kekesalan kerana menimbulkan kebimbangan awam susulan pengisytiharan undang-undang tentera awal minggu ini, sambil berikrar tidak akan mengulangi tindakan sedemikian, lapor Agensi Berita Yonhap. “Saya benar-benar memohon maaf kepada rakyat yang pastinya terkejut dengan perkara ini,” kata Yoon dalam ucapan umum yang disiarkan di televisyen, beberapa jam sebelum undian Parlimen terhadap usul pemecatannya, pada Sabtu. Yoon membuat kenyataan itu dalam penampilan umum pertamanya selepas mengisytiharkan undang-undang tentera pada Selasa malam, yang kemudiannya dibatalkan enam jam kemudian selepas Dewan Negara menolaknya. Beliau menjelaskan, keputusan berkenaan diambil atas dasar ‘terdesak’ sebagai presiden, namun mengakui tindakan itu menimbulkan kebimbangan dan kesulitan kepada rakyat. “Saya tidak akan mengelak daripada tanggungjawab undang-undang dan politik berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera ini,” katanya sambil berikrar menyerahkan semua keputusan, termasuk tempoh pemerintahannya, kepada Parti Kuasa Rakyat untuk menstabilkan negara. Yoon dipilih sebagai presiden pada Mei 2022 bagi penggal lima tahun. News
JKR reports 10 landslides on Kelantan roads from worsening floods Posted on 01/12/2024 KOTA BARU, Dec 1 — The Kelantan Public Works Department (JKR) has detected ten landslides on federal roads caused by the recent floods since last week. Director, Nik Soh Yaacoub, said the affected roads are located across five districts: Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli, and Machang. “In Gua… Read More
Zayn’s parents submit representation to AGC Posted on 29/11/2024 Zaim Ikhwan Zahari and Ismanira Abdul Manaf pleaded not guilty on June 13 to a charge of child neglect framed under Section 31(1)(a) of the Child Act 2001, read with Section 34 of the Penal Code. PETALING JAYA: The parents of Zayn Rayyan Abdul Matiin have submitted a representation to… Read More
Bagnaia wins Barcelona MotoGP sprint to take season to final race Posted on 17/11/2024 Italian rider Francesco Bagnaia has already won 10 of 19 Grands Prix this season. (EPA Images pic) BARCELONA: Francesco Bagnaia produced a commanding performance to win today’s sprint at the Barcelona MotoGP, ensuring that the battle for the world championship title would go to the last race of the season…. Read More