Budak 10 tahun hilang mandi sungai ditemukan lemas Posted on 08/12/2024 Mangsa ditemukan pasukan SAR bersama penduduk kampung pagi ini, hari kedua operasi. (Gambar JBPM) PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak perempuan ditemukan lemas selepas hilang ketika mandi di sebatang sungai di Kota Belud semalam. Mayat Lysbet Tom Jones, 10, ditemukan pada 8.36 pagi kira-kira 600m dari lokasi dia dilaporkan hilang di Kampung Piasau. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud Muhammad Syazwan Latun berkata, pasukan operasi bersama agensi penyelamat lain memulakan gerakan SAR hari kedua pada 8.10 pagi tadi. “Mangsa berjaya ditemukan pasukan SAR bersama penduduk kampung pada jarak 600m dari lokasi dia hilang. “Operasi SAR ditamatkan sepenuhnya pada 9.40 pagi.” katanya, lapor Berita Harian. Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya, tambahnya. Pada kira-kira 2.30 petang semalam, Lysbet dipercayai hilang ketika mandi-manda di sungai berkenaan bersama beberapa rakan. BBP Kota Belud yang menerima panggilan mengenai kejadian itu 2.41 petang kemudian menggerakkan operasi SAR, dibantu polis, Kementerian Kesihatan (KKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan penduduk kampung. News
Akaun masih dibeku: Bersatu pertimbang saman SPRM, bank Posted on 01/12/2024 Presiden Muhyiddin Yassin kata tuntutan Bersatu di mahkamah berhubung pembekuan akaun bank adalah wajar memandangkan parti itu tidak pernah didakwa atas sebarang kesalahan. SHAH ALAM: Bersatu sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak bank berhubung pembekuan akaun parti itu sehingga hari ini. Menurut Presiden Muhyiddin… Read More
Najib to enter defence on 1MDB charges, argue appeal for house arrest this week Posted on 01/12/2024 The Court of Appeal will hear Najib Razak’s challenge against a lower court’s refusal to hear his request for house arrest on Thursday. (Bernama pic) KUALA LUMPUR: Former prime minister Najib Razak will begin his defence this week against graft charges involving RM2.28 billion in 1MDB funds, and argue to… Read More
Retired chief justice Richard Malanjum, Musa Aman, Pandikar, Pairin among potential candidates for Sabah governor replacing Juhar Posted on 05/12/2024 KOTA KINABALU, Dec 4 — Former chief justice Tun Datuk Seri Panglima Richard Malanjum has been proposed as the next governor of Sabah. Warisan vice-president Terrence Siambun who made the proposal, said Malanjum was a distinguished Sabahan with an exceptional track record which displayed his commitment to justice and unity…. Read More