Bashar, keluarga diberi suaka di Rusia Posted on 09/12/2024 Bekas presiden Syria, Bashar al-Assad melarikan diri Moscow selepas rejim pemerintahannya tumbang. (Gambar EPA Images) ISTANBUL: Bekas presiden Syria, Bashar al-Assad yang melarikan diri bersama keluarganya tiba di Moscow pada Ahad selepas Rusia menawarkan suaka kepada mereka, lapor Agensi Anadolu memetik agensi berita Rusia. “Bashar dan ahli keluarganya tiba di Moscow. Atas pertimbangan kemanusiaan, Rusia memberikan suaka kepada mereka. “Rusia sentiasa menyokong penyelesaian politik bagi krisis Syria. Kami menegaskan bahawa rundingan yang dikendalikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu disambung semula,” kata TASS yang memetik sumber Kremlin Pegawai Rusia sedang berhubung dengan wakil-wakil pembangkang bersenjata Syria, dengan pemimpinnya memberi jaminan keselamatan kepada pangkalan tentera serta misi diplomatik Rusia di wilayah Syria. Pergolakan kembali tercetus di Syria pada 27 Nov di kawasan luar bandar barat Aleppo, sebuah bandar utama di utara Syria. Dalam tempoh 10 hari, pasukan penentang melancarkan serangan dengan menawan beberapa bandar strategik sebelum berjaya menguasai Damsyik, pada Ahad dan menyebabkan kejatuhan rejim Bashar selepas 13 tahun perang saudara. News
Bursa ends higher on renewed interest in selected heavyweights Posted on 13/11/2024 KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia’s key index reversed early losses to end higher today on renewed interest in utilities, as well as industrial product and services stocks amid the mixed performance by regional peers. UOB Kay Hian Wealth Advisors head of investment research Sedek Jantan said the utilities index led Bursa… Read More
13 didakwa culik lelaki Palestin dibenar ikat jamin RM50,000 Posted on 28/11/2024 Semua 13 tertuduh didakwa menculik lelaki Palestin pada 28 Sept 2022 bagi mendapatkan rahsia maklumat membuat dan menyahaktif perisian komputer yang digunakan bagi menggodam telefon bimbit. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan ikat jamin terhadap 13 tertuduh yang didakwa menculik seorang lelaki Palestin pada 28 Sept 2022 selepas… Read More
Sabah mining GLC bids to trigger probes against ex-CEO for alleged fraud, abuse Posted on 19/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 18 — Sabah Mineral Management (SMM) Sdn Bhd today accused former chief executive officer Jontih Enggihon of fraud and breach of fiduciary duty. According to Free Malaysia Today, the company also said it has lodged reports with the police and the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) over Jontih’s… Read More