Peniaga pukul bekas isteri sehingga koma dihukum penjara 10 tahun Posted on 09/12/2024 Mahkamah jatuhkan hukuman penjara terhadap seorang peniaga kerana menyebabkan kecederaan parah kepada bekas isteri sehingga koma. (Gambar Facebook) JOHOR BAHRU: Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang peniaga kerana menyebabkan kecederaan parah kepada bekas isteri ketiganya sehingga koma pada Jun 2021. Hakim Fatimah Zahari menjatuhkan hukuman itu terhadap Rosmaini Abg Raof, 41, selepas mahkamah berpuas hati dengan pendakwaan kerana berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah. Pada 17 Jun 2021, Rosmaini didakwa memukul kepala, muka, tangan dan menghentakkan kaki ke belakang tangan Jahidah Nordin@Sylvester, 46, yang ketika itu sedang mengandung 10 minggu, dan kini terlantar koma. Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah pangsapuri di Kampung Aman, Larkin pada 6 pagi, 4 Mei 2021. Atas kesalahan terbabit, dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun dan denda serta boleh dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum mengikut seksyen kesalahan. Jahidah yang merupakan seorang penjawat awam selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan pada 30 Nov 2021. Pada 15 Mac tahun lepas, Mahkamah Rendah Syariah Seremban membenarkan permohonan fasakh yang dikemukakan keluarga Jahidah pada 1 Feb 2023. Pada 3 Nov lepas, keputusan akhir kes pembelaan itu terpaksa ditangguhkan selepas Rosmaini gagal hadir ke mahkamah atas alasan dimasukkan ke wad hospital kerana tidak sihat. Mahkamah turut menolak permohonan barisan peguam tertuduh diketuai Kamal Hisham Ja’afar untuk menangguhkan hukuman sehingga rayuan dibuat ke Mahkamah Tinggi. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Mamu manakala tertuduh diwakili Kamal, Mohd Salleh Togimin, dan Aina Kamilah Zalizan. Peguam pemerhati yang mewakili keluarga Jahidah, Muhammad Hazeem Mohd Norizan dan Syufri A Samad, mengikuti prosiding berkenaan. Sementara itu, adik Jahidah, Fauziah, 43, yang ditemui media selepas prosiding mahkamah berkata dia bersyukur penantian lebih tiga tahun untuk mendapatkan keadilan buat kakaknya telah berakhir. “Syukur alhamdulillah, kes sudah selesai hari ini… selepas ini kami akan teruskan kehidupan macam biasa, jaga Kak Jahidah, semoga dia cepat sembuh dan anak Kak Jahidah membesar dengan baik,” katanya. News
Eight dead, 17 hurt, in China school knife attack Posted on 17/11/2024 Violent knife crimes were not uncommon in China, where firearms were tightly regulated, but attacks with such a high death toll were relatively rare. (AP pic) BEIJING: Eight people were killed and 17 others wounded Saturday in a knife attack at a vocational school in eastern China, and the suspect… Read More
Malaysia’s come a long way: PM Anwar recounts 2024’s economic high points Posted on 22/12/2024 KUALA LUMPUR, Dec 22 — Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim stated that the MADANI government has implemented strategic initiatives throughout 2024 to drive long-term prosperity for the people and the nation. In a Facebook post titled “2024 Highlights: Soaring Economy, Abundant Prosperity”, Anwar, who also serves as Minister of… Read More
Werder Bremen leave X due to ‘hate speech’ concerns Posted on 20/11/2024 Werder Bremen, who last won the German title in 2004, have more than 600,000 followers on the social media platform. (EPA Images pic) BERLIN: German club Werder Bremen have joined fellow Bundesliga side St Pauli in leaving social media site X, formerly known as Twitter, citing an “incredible” increase in “hate… Read More