Kerajaan akan batal komitmen beberapa syarikat, cari ubat generik lebih murah Posted on 10/12/2024 Kerajaan mengarahkan KKM menjelajah ke negara lain untuk mendapatkan ubat generik yang lebih murah dan berpatutan. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membatalkan komitmen dengan beberapa syarikat dalam pembekalan ubat-ubatan bagi mengurangkan kos perubatan yang semakin meningkat, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Anwar berkata pada masa sama Kementerian Kesihatan (KKM) diarahkan menjelajah ke negara lain untuk mendapatkan ubat generik yang lebih murah dan berpatutan. Menurutnya, keputusan itu diambil selepas mengambil kira tiada kawalan terhadap harga ubat-ubatan pada masa ini selain wujud monopoli berlaku puluhan tahun., Anwar Ibrahim. “Kami akan batalkan beberapa komitmen kepada satu hingga dua syarikat dan minta KKM seperti mana beberapa negara lakukan untuk menjelajah ke beberapa negara. “Ubat generik ini lebih terkenal di Brazil, India dan China umpamanya yang dikaji dan tidak semestinya terikat dari Amerika Syarikat atau Eropah yang kosnya terlalu tinggi,” katanya pada waktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini. Beliau menjawab soalan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) berhubung langkah kerajaan mengatasi inflasi kos perubatan negara sebanyak 12.6% tahun 2023, iaitu lebih dua kali ganda berbanding purata global 5.6%. Sementara itu, Anwar berkata penyelarasan sedang dilakukan KKM bersama Bank Negara bagi memastikan kenaikan premium insurans perubatan itu munasabah dan tidak membebankan pengguna. “Kami sedang meneliti dan akan mengeluarkan panduan yang agak tegas supaya syarikat insurans dan pengendali takaful (ITO) mengambil kira beberapa hal. “Kenaikan ini adalah bersandarkan threshold (nilai ambang) yang lebih rendah di Malaysia dan kos perubahan dan perkhidmatan yang tinggi. Itu penjelasan daripada syarikat insurans,” katanya. Sebelum ini Kementerian Kewangan memaklumkan pihaknya dalam proses rundingan dengan pihak berkaitan berhubung kenaikan premium insurans perubatan antara 40% dan 70%. Pada 28 Nov lalu, BNM mengarahkan ITO menyemak strategi penentuan semula harga insurans perubatan serta kesihatan (MHIT) untuk memastikan ia lebih wajar. Ia termasuk menguruskan kenaikan premium atau sumbangan dengan mengambil kira impak terhadap pemegang polisi takaful. News
Foreign Ministry: Malaysians in Indonesia safe but advised to monitor situation as Mount Lewotobi Laki-Laki volcano eruption affects 10,000 Posted on 11/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 11 — Malaysians residing in or visiting Indonesia are advised to stay vigilant and keep informed of the latest developments following the volcanic eruption at Mount Lewotobi Laki-Laki on Flores Island, East Nusa Tenggara. The Foreign Ministry in a statement on Monday confirmed that all Malaysians in… Read More
RM463m boost for public transport as Malaysia prepares for Asean chair and Visit Malaysia Year, says DPM Zahid Posted on 12/12/2024 KUALA LUMPUR, Dec 11 — The Cabinet Committee on Road Safety and Traffic Congestion (JKMKKJR) Meeting Number 3 of 2024 held today approved an allocation of RM463 million to improve public transport services. Deputy Prime Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi said this followed the allocation announced in the 2025… Read More
Archbishop of Canterbury resigns over abuse scandal Posted on 13/11/2024 Archbishop of Canterbury Justin Welby resigned five days after the independent Makin Report singled him out for criticism over his handling of abuse allegations dating back to the 1970s. (AFP pic) LONDON: Archbishop of Canterbury Justin Welby, the senior cleric of the Church of England, resigned “in sorrow” on Tuesday,… Read More