Pemimpin Umno dakwa Bersatu bakal ‘bungkus’ pada PRN Sabah Posted on 11/12/2024 Bersatu dijangka mengetuai cabaran Perikatan Nasional (PN) pada PRN Sabah tahun depan. PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno mendakwa Bersatu akan ‘bungkus’ pada PRN Sabah tahun depan kerana kebergantungannya kepada pelarian politik dan sukar mencari ‘poster boy’. Ahli Majlis Kerja Tertinggi Puad Zarkashi berkata Bersatu satu-satunya parti bermula dengan Adun lompat dan mendapat ‘YB percuma’ yang disifatkan pelarian. Beliau merujuk penyertaan wakil rakyat Umno selepas PRU14 di seluruh negara termasuk Sabah. Menurutnya, kesemuanya kini menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyebabkan parti pimpinan Muhyiddin Yassin terkontang-kanting di Sabah. “Berbanding di Semenanjung, di Sabah PAS tidak kuat untuk melindungi Bersatu. “Kecuali Bersatu dapat rakan strategik baharu, dijangka Bersatu akan bungkus di PRN Sabah kali ini. Sebab itu jangan bergantung dengan pelarian,” katanya dalam kenyataan. Awal bulan ini, Muhyiddin yang juga pengerusi PN berkata komponen itu akan menyertai PRN Sabah yang menawarkan 73 kerusi DUN. Beliau dipetik berkata PN akan menjadikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai induk manifesto gabungan itu pada pilihan raya terbabit. News
Mahkamah tolak permohonan Majlis Peguam cabar pengampunan Najib Posted on 11/11/2024 Lembaga pengampunan mengurangkan hukuman penjara bekas perdana menteri Najib Razak daripada 12 kepada enam tahun manakala denda RM120 juta dikurangkan kepada RM50 juta. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Majlis Peguam gagal mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Lembaga Pengampunan yang mengurangkan hukuman penjara dan denda bekas perdana Menteri Najib Razak… Read More
New Zealand plans to ban greyhound racing, citing high injury rates Posted on 10/12/2024 New Zealand is among five countries where commercial greyhound racing is legal, making up 8.5% of the NZ$1.3 billion industry. (EPA Images pic) WELLINGTON: The New Zealand government on Tuesday proposed to ban greyhound racing from 2026, saying the percentage of dogs injured in races remained significantly high. New Zealand’s… Read More
Monitoring devices to track inmates under new House Arrest Act, says home minister Posted on 16/11/2024 PASIR MAS, Nov 16 — Inmates placed under the House Arrest Act will wear monitoring devices to track their locations after the Bill is passed in Parliament, Home Minister Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. He pointed out the current law does not have an Act that will enable an inmate… Read More