‘Kami tak diberi ruang buat keputusan Batu Puteh,’ kata 3 bekas menteri Dr M Posted on 12/12/2024 Dr Wan Azizah Wan Ismail, Loke Siew Fook, and Mohamad Sabu adalah timbalan perdana menteri, menteri pengangkutan dan menteri pertahanan ketika pentadbiran Dr Mahathir Mohamad pada 2018. PETALING JAYA: Tiga bekas anggota Jemaah Menteri ketika pentadbiran kedua Dr Mahathir Mohamad berkata mereka tidak diberi ruang untuk membuat keputusan mengenai pengendalian pertikaian kedaulatan Batu Puteh. Dr Wan Azizah Wan Ismail, Loke Siew Fook, dan Mohamad Sabu berkata keputusan untuk tidak meneruskan usaha semakan dan tafsiran keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai Batu Puteh itu dibuat Mahathir sendiri tanpa dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri. Ketika itu, Wan Azizah, Loke, dan Mohamad adalah timbalan perdana menteri, menteri pengangkutan dan menteri pertahanan. “Keputusan untuk tidak meneruskan semakan dan tafsiran telah pun dibuat pada 21 Mei 2018 oleh Mahathir sendiri secara bertulis kepada Peguam Cara Negara tanpa merujuk kepada Jemaah Menteri. “Ia juga turut dimaklumkan kepada pihak Singapura pada pagi 23 Mei 2018 sebelum mesyuarat Jemaah Menteri pertama diadakan,” katanya dalam satu kenyataan bersama. Katanya, selang dua hari kemudian, barulah Dr Mahathir memaklumkan Jemaah Menteri dalam mesyuarat itu tetapi ia hanya pemakluman bukannya perbincangan untuk menentukan keputusan. “Oleh yang demikian, tidak wujud isu sama ada sesiapa membantah atau menyokong kerana ruang untuk membuat keputusan telah pun hilang apabila ia dibuat secara bertulis oleh Mahathir. “Sebagai negarawan, kami berpandangan Mahathir sepatutnya mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas keputusan ini dan bukannya memilih untuk meletakkan di bahu mereka yang tidak terlibat,” katanya yang turut menambah Jemaah Menteri yang hadir dalam mesyuarat pada 23 Mei 2018 boleh mengesahkan perkara itu. Pada Selasa lalu, Mahathir berkata keputusan berkait pengendalian pertikaian kedaulatan Batu Puteh dibuat secara kolektif oleh Jemaah Menteri, termasuk Wan Azizah. Mahathir juga menafikan membuat keputusan unilateral membatalkan permohonan menyemak dan mentafsir keputusan ICJ mengenai Batu Puteh, dan berkata, selain Wan Azizah, Lim Guan Eng yang merupakan menteri kewangan ketika itu, dan Muhyiddin Yassin sebagai menteri dalam negeri turut menghadiri mesyuarat membincangkan perkara itu. News
Grilled by Malay daily why still single at 32, Syed Saddiq says fate is in the hands of God Posted on 24/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 24 — Muar MP Syed Saddiq Abdul Rahman has refused to entertain Malay daily Utusan Malaysia which asked why he is still single at the age of 32. When asked when he is planning to get married and until when will he stay as a bachelor, Syed… Read More
McLaren’s Norris takes pole for Abu Dhabi Grand Prix Posted on 08/12/2024 Ferrari’s hopes of overtaking McLaren to take the team title suffered a setback when Charles Leclerc was only able to set the 14th best time. (AP pic) ABU DHABI: Lando Norris captured pole position on Saturday for the Abu Dhabi Grand Prix while teammate Oscar Piastri completed a McLaren lockout… Read More
PM Anwar calls for overhaul of global financial system, criticises Global North’s exploitation of Global South Posted on 02/12/2024 KUALA LUMPUR, Dec 2 — Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim called for international financial reforms, emphasising that the current system benefits the Global North at the expense of the Global South. The worsening of the climate crisis, conflicts, economic stability and debt in the Global South resulted from an… Read More