Ismail Sabri santuni 2 keluarga di Sarawak sempena Hari Natal Posted on 13/12/2024 Bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob (dua dari kanan) menyantuni keluarga Tina Bong dan dua anaknya ketika melawat keluarga itu di Kuching, Sarawak semalam. PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa menyantuni dua keluarga di Kuching, Sarawak semalam yang kehilangan ‘tonggak utama’ akibat Covid-19 pada 2021 sempena Hari Natal yang bakal disambut tidak lama lagi. Selepas kehilangan suami, Tina Bong, 50, terpaksa menumpang di rumah milik mentua bersama-sama dua orang anaknya iaitu Ethan Sim Yong Ching, 18, dan Evan Sim Yong Ching, 15. Pendapatan Tina pula tidak menentu kerana hanya bekerja pembantu memasak sekiranya ada permintaan dan pada masa sama juga perlu menjaga kedua-dua mentuanya yang uzur berusia 87 dan 85 tahun. Ismail yang juga pengerusi Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) berkata, bantuan wang tunai disalurkan kepada Tina dan keluarga bagi memastikan mereka dapat menyambut Hari Natal dengan penuh kegembiraan. “Seramai 20 anak-anak yatim dan yatim piatu bawah kendalian YKM yang beragama Kristian turut menerima sumbangan Hari Natal sebanyak RM300 seorang melalui akaun bank masing-masing bermula esok,” katanya dalam kenyataan. Ismail berkata, bantuan kasih secara berfasa juga diberikan kepada 977 penerima sejak 2022 termasuk seramai 47 penerima bantuan daripada 21 keluarga di Sarawak. Katanya, anak-anak yang berusia di bawah 16 tahun menerima bantuan sebanyak RM2,000 setahun manakala remaja yang berusia 16 tahun sehingga tamat pengajian ijazah pertama menerima bantuan sebanyak RM2,500 setahun. “YKM membelanjakan sebanyak RM5 juta pada tahun ini untuk Bantuan Persekolahan, Bantuan Menara Gading, Hadiah Kecemerlangan Akademik, Sumbangan Perayaan dan Bantuan Bencana serta pengurusan. “Jumlah sumbangan dijangka meningkat pada tahun hadapan, kita menerima sebanyak 890 permohonan baharu dan masih lagi dalam proses semakan serta tapisan,” katanya. Ismail juga menziarahi keluarga Rimanoraishahida Sarbini, 37, di Taman Malihah yang merupakan pemohon baharu bantuan YKM. Suaminya meninggal dunia pada Sep 2021 akibat pandemik Covid-19. “Dia terpaksa menjaga tiga orang anaknya iaitu Muhammad Iman Darius, 16, Nur Iman Amani, 14, dan Nur Iman Aleeya, 13, dengan pendapatan RM700 sebulan sebagai pengasuh kanak-kanak. “Setelah meneliti taraf hidup keluarga ini, YKM bersetuju untuk memasukkan ketiga-tiga anaknya sebagai penerima bantuan yayasan ini bermula tahun hadapan,” katanya sambil menambah surat kelulusan permohonan YKM turut diserahkan ketika kunjungan. News
Finance Ministry: 22,000 scam cases, RM147m in losses reported to National Scam Response Centre as at September 2024 Posted on 20/12/2024 KUALA LUMPUR, Dec 19 — An estimated 22,000 cases of scams involving losses of over RM147 million as at September 2024 were reported by the victims to the National Scam Response Centre (NSRC), said the Ministry of Finance (MoF) In a written response to the Dewan Negara dated December 18,… Read More
Malaysia to share nuclear expertise with Asean during 2025 chairmanship, says agency director-general Posted on 21/12/2024 PUTRAJAYA, Dec 21 — Malaysia aims to share its expertise, experience and best practices in the development, utilisation, and transfer of nuclear technology with Asean countries during its Asean Chairmanship in 2025. Malaysian Nuclear Agency (Nuklear Malaysia) director-general Dr Rosli Darmawan said the agency is prepared to share expertise in… Read More
Boeing berhentikan 396 lagi pekerja Posted on 10/12/2024 Boeing memberhentikan 396 lagi pekerja di Washington, Amerika Syarikat dalam pusingan kedua pengurangan tenaga kerja. (EPA Images pic) SAN FRANCISCO: Boeing memberhentikan 396 lagi pekerja di Washington, Amerika Syarikat dalam pusingan kedua pengurangan tenaga kerja, menjadikan jumlah keseluruhan pemberhentian di negeri itu hampir mencecah 2,600 orang. Langkah terbaharu itu menyusuli… Read More