Tengku Zafrul tak maklum nak sertai PKR, kata Zahid Posted on 14/12/2024 Zahid Hamidi berkata tiada permohonan daripada Zafrul untuk tinggalkan Umno. KUALA LUMPUR: Presiden Umno Zahid Hamidi mengesahkan tiada sebarang pemakluman daripada Tengku Zafrul Aziz berkait ura-ura Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu akan menyertai PKR. FMT semalam melaporkan rundingan sedang berjalan berhubung kemungkinan Tengku Zafrul meninggalkan Umno untuk menyertai PKR, dengan keputusan dijangka dibuat dalam dua hari lagi, memetik sumber dalaman Umno Selangor. “Setakat ini tiada permohonan daripada beliau (tinggalkan parti) dan beliau pun tidak bertemu dengan saya, jadi kita tidak dapat mengesahkan berita itu,” kata Zahid selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Kolej Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Beliau mengulas laporan mendakwa Zafrul yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno akan menyertai PKR tahun depan, untuk ditawarkan jawatan Menteri Besar Selangor. Bagaimanapun, Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh mengesahkan kepimpinan parti belum menerima kemas kini rasmi berhubung permohonan Tengku Zafrul menyertai parti itu. Tengku Zafrul menjadi ahli Umno sejak 1997 dan menang ahli MKT pada Mac lalu dalam pemilihan parti penggal 2023-2026. Zahid turut mengingatkan pemimpin Umno untuk menjaga integriti daripada termakan tawaran bersifat kepentingan individu. “Mana-mana ahli dan pemimpin parti harus utamakan kepentingan parti sendiri bukan kepentingan peribadi dan apa pun agenda peribadi hendaklah diketepikan jika seseorang itu mahu supaya partinya diberikan keutamaan. “Kalau memberi kepentingan peribadi sebagai keutamaan, maka kita serahkan untuk ahli dan rakyat menilai integriti seseorang itu,” katanya. Zahid yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) turut membuat teguran kepada rakan komponen dalam kerajaan perpaduan supaya tidak ‘mencuri’ ahli parti lain. “Kalau berlaku sebaliknya, mereka tentu akan terasa hati. Jadi dalam keadaan begitu, eloklah kita menjaga perpaduan dalam kalangan kita,” katanya. News
Mangsa banjir kini lebih 100,000 orang di 9 negeri Posted on 30/11/2024 Keadaan banjir yang semakin memburuk turut meningkatkan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Bilangan mangsa di lapan negeri terjejas banjir terus meningkat manakala di Perak tidak berubah dan setakat 8 malam ini, jumlah mangsa berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) adalah seramai 106,505 orang…. Read More
France to impose nighttime curfew on ‘devastated’ Mayotte Posted on 17/12/2024 Cyclone Chido barrelled into Mayotte and its surrounding archipelago on Sunday. (UIISC7/Securite Civile/AP pic) PARIS: France from this evening will impose a nighttime curfew on the Indian Ocean island of Mayotte, after the French overseas territory was devastated by a cyclone feared to have killed hundreds, the interior ministry said…. Read More
US defence secretary scraps South Korea trip Posted on 06/12/2024 US defence secretary Lloyd Austin (centre) welcomes Armenia’s defence minister Suren Papikyan (centre left) to the Pentagon on Thursday. (AP pic) WASHINGTON: US defence secretary Lloyd Austin no longer plans to travel to South Korea, two US officials told Reuters on Thursday, following South Korean President Yoon Suk-yeol’s botched attempt… Read More