KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara Posted on 14/12/2024 Konfederasi Hoki Malaysia berharap Perbadanan Stadium Malaysia dapat membuat pertimbangan mengenai penganjuran 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun depan bagi mengelakkan persiapan skuad negara terjejas. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) bimbang dengan rancangan menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun depan yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara. Timbalan Presiden KHM, Ahmad Najmi Abdul Razak, berharap Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) selaku pemilik fasiliti dapat membuat pertimbangan mengenai perkara itu kerana kekerapan penganjuran konsert di stadium terbabit boleh mengganggu latihan skuad hoki kebangsaan. “Kita ada berbincang dengan PSM, kalau betul (diadakan 26 konsert), satu tahun ada 52 minggu…26 konsert, bermaksud setengah tahun ia (stadium) akan ditutup. Padang hoki kemudahan utama untuk pasukan kebangsaan, bagaimanapun kami (KHM) belum mendapat pengesahan rasmi 26 konsert itu bakal diadakan. “Bagi saya, kalau banyak sangat, ia sedikit sebanyak akan ganggu persiapan serta atur cara mahupun latihan disediakan jurulatih,” katanya menurut Bernama selepas Mesyuarat Agung KHM ke-70 di Menara Perkeso di Putrajaya. Bulan lalu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memaklumkan Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil menerima 26 tempahan untuk penganjuran konsert bagi 2025. Najmi dalam masa sama berharap wujud persefahaman antara kedua-dua pihak dalam memastikan latihan skuad kebangsaan tidak terjejas. “PSM akan memanggil kami untuk berbincang lebih lanjut dan memberikan maklumat mengenai tarikh konsert dijadualkan. Kami harap PSM juga bekerjasama memastikan hari yang dijadualkan untuk latihan pasukan kebangsaan tidak terganggu.” News
China upholds death sentence for high-profile child trafficker Posted on 19/12/2024 Child kidnappings have featured more prominently in Chinese popular culture recently. (AFP pic) BEIJING: China today upheld the death sentence for a child trafficker whose crimes shocked the nation and traumatised dozens of victims. Yu Huaying, 60, separated at least 17 children from their parents and sold them to other… Read More
Iran calls to expel Israel from UN after strike on Syria Posted on 11/11/2024 A Syrian man passes by a bridge in Qusair, linking to Lebanon, which was destroyed by an Israeli airstrike. (AP pic) TEHRAN: Iran’s foreign ministry called Sunday for an arms embargo on Israel and the expulsion of its arch-foe from the United Nations, following a deadly strike in Syria. Foreign ministry… Read More
Ketua turus tentera Korea Selatan ditahan atas dakwaan pemberontakan Posted on 17/12/2024 Park An-su ditahan dengan waran tangkap dikeluarkan mahkamah atas tuduhan memainkan peranan penting dalam pemberontakan dan penyalahgunaan kuasa. (Gambar EPA Images) SEOUL: Ketua Turus Angkatan Tentera Korea Selatan, Park An-su yang mengetuai pemerintahan tentera semasa Presiden Yoon Suk Yeol melaksanakan undang-undang tentera hanya bertahan sementara, ditahan pada Selasa, kata pendakwa… Read More