Umno bantah tindakan ‘lompat-melompat’ dalam kerajaan perpaduan, kata Asyraf Posted on 15/12/2024 Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata budaya mengambil ahli atau pemimpin parti akan mencetuskan perbalahan dan pertelingkahan hingga menggugat kestabilan gabungan perpaduan. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Umno membantah tindakan “lompat-melompat” ahli parti dalam kerajaan perpaduan, kata Setiausaha Agungnya, Asyraf Wajdi Dusuki susulan desas-desus Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Tengku Zafrul Aziz menyertai PKR. Beliau berkata, budaya mengambil ahli atau pemimpin parti hanya akan mencetuskan perbalahan dan pertelingkahan hingga menggugat kestabilan gabungan perpaduan. “Cukuplah pengalaman pahit lampau dalam permuafakatan politik lalu hingga meruntuhkan kerajaan akibat perlakuan khianat dan lompat-melompat serta mencuri ahli sesama kalangan parti dalam permuafakatan,” katanya dalam kenyataan. Terdahulu, Presiden PKR, Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan ada perbincangan awal untuk Tengku Zafrul menyertai parti itu. Beliau dilaporkan berkata, PKR berpegang kepada prinsip terbuka menerima sesiapa saja, tetapi tidak mengajak, selain mahu proses itu dilakukan secara baik. Asyraf yang juga ketua sekretariat kerajaan perpaduan berkata, Umno memandang serius kenyataan Anwar mengesahkan perbincangan awal berhubung penyertaan Tengku Zafrul dalam PKR. Menurutnya, Anwar telah merujuk dan meminta pandangan Presiden Umno, Zahid Hamidi berhubung perkara itu. “Pendirian Umno tetap tegas bahawa Umno tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan ‘lompat-melompat’ ahli mana-mana parti dalam kerajaan perpaduan.” Jumaat lalu, FMT memetik sumber dalaman Umno Selangor berkata, rundingan sedang berjalan berhubung kemungkinan Tengku Zafrul meninggalkan Umno untuk menyertai PKR. Tetapi, Zahid semalam mengesahkan tiada sebarang pemakluman daripada Tengku Zafrul berhubung ura-ura penyertaannya dalam PKR. News
Gaza rescuers say 14 killed in Israeli strikes Posted on 09/11/2024 The war in Gaza broke out after Hamas gunmen attacked Israel on Oct 7 last year. (AFP pic) PALESTINIAN TERRITORIES: Gaza’s civil defence agency said today that Israeli air strikes killed at least 14 Palestinians overnight, including women and children, while the Israeli military said it had eliminated dozens of… Read More
Hezbollah-Israel truce deal says only official forces can bear arms in Lebanon Posted on 27/11/2024 Iran-backed Hezbollah has not formally commented on the ceasefire in Lebanon. (AFP pic) BEIRUT: A ceasefire proposal agreed to by Lebanon and Israel stipulates that only “official military and security forces” in Lebanon are authorised to carry arms in the country, according to a copy of the deal dated yesterday… Read More
Langkawi ferry firm reverses course on locals’ fare hike after transport minister rocks the boat Posted on 15/12/2024 ALOR SETAR, Dec 15 — Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd has retracted its previously announced fare hike for ferry services between Langkawi and Kuala Kedah, as well as Kuala Perlis, for Malaysian citizens. General manager, Capt Dr Baharin Baharom, stated however, that the fare hike for foreign tourists will… Read More