Tukang sapu didenda RM80,000 jual, sebar video ‘swinger’ di X Posted on 17/12/2024 Kamarulnazri Desa @ Yahaya mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar, Kedah atas empat tuduhan menyebar serta menjual kandungan lucah yang memaparkan kegiatan seks secara berkumpulan dan bertukar-tukar pasangan, atau swinger. (Gambar fail) ALOR SETAR: Seorang tukang sapu didenda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen atas empat pertuduhan menyebar serta menjual kandungan lucah yang memaparkan kegiatan seks secara berkumpulan dan bertukar-tukar pasangan, atau swinger, dari bulan Januari hingga Februari lalu. Hakim Mazdi Abdul Hamid menjatuhi hukuman itu selepas Kamarulnazri Desa @ Yahaya, 45, mengaku bersalah. Mahkamah juga mengarahkan tertuduh dipenjara enam bulan bagi setiap kesalahan sekiranya tertuduh gagal membayar denda tersebut. Dia didakwa menggunakan aplikasi X untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu video yang sumbang sifatnya dengan niat menyakitkan hati orang lain pada 26 Jan dan 4 Feb lepas mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Kamarulnazri juga didakwa menggunakan aplikasi X untuk memberikan komunikasi lucah iaitu video melalui pautan aplikasi Telegram bagi maksud komersial kepada orang lain pada 8 dan 17 Feb lepas mengikut Seksyen 233(2)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Semua kandungan dilihat di IPD Kubang Pasu, Jitra pada 20 Feb lepas pada 11.10 hingga 11.30 pagi. Tertuduh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Faten Hadni Khairuddin manakala Kamarulnazri tidak diwakili peguam. Difahamkan tertuduh tidak dapat membayar denda dan akan menjalani hukuman penjara berjumlah dua tahun. News
Afghanistan refugees minister killed by suicide blast Posted on 12/12/2024 Khalil Ur-Rahman Haqqani was listed on US and UN sanctions lists, with a US$5 million reward from Washington for information on him. (EPA Images pic) KABUL: The Afghan minister for refugees was killed on Wednesday in a suicide bombing at the ministry’s offices in the capital Kabul, government sources said, with… Read More
Barcelona held to 2-2 draw at Betis after late Diao strike Posted on 08/12/2024 Real Betis players celebrate after Assane Diao scored a stoppage-time equaliser against Barcelona at the Benito Villamarin stadium. (AP pic) SEVILLE: LaLiga leaders Barcelona had to settle for a 2-2 draw at Real Betis after substitute Assane Diao scored a stoppage-time equaliser on Saturday to give Manuel Pellegrini cause to… Read More
Dewan Rakyat passes Supply Bill 2025 at policy level, eyes on committee debate next Posted on 13/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 12 — The Dewan Rakyat today passed the Supply Bill 2025 at the policy level after debates began on October 21. The bill, tabled by Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, who is also finance minister on October 18, was passed by majority voice vote, and debate… Read More