Harga sayur dijangka stabil Mac depan, kata Mat Sabu Posted on 18/12/2024 Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata harga sayur di pasaran akan meningkat pada setiap musim tengkujuh. TUMPAT: Harga sayur-sayuran di pasaran tempatan dijangka kembali stabil Mac depan selepas berakhirnya monsun timur laut (MTL), kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu. Beliau yang lebih dikenali Mat Sabu berkata, cuaca tidak menentu kini menyebabkan bekalan sayur berkurangan dan harga jualan meningkat. “Setiap kali musim tengkujuh akan berlaku masalah tersebut dan kita memang ada terima laporan berhubung perkara ini, yang mana harga sayur dijual di pasaran akan meningkat. “Justeru, kita jangka masalah ini dapat diselesaikan pada Mac tahun depan dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan memainkan peranan memastikan bekalan sayur mencukupi di negeri terlibat,” katanya di bangunan Persatuan Peladang Kawasan (PPK) Bunga Raya di sini. Terdahulu, Mohamad menyampaikan Bantuan Khas Sumbangan Tunai (BKST) Fasa 2 berjumlah RM6.3 juta kepada 10,628 pesawah di Kelantan yang terjejas banjir tahun ini. Menurutnya, kerugian awal dalam sektor pertanian akibat banjir di Kelantan sejak bulan lepas dianggarkan berjumlah RM33.2 juta membabitkan 4,888 individu. “Seluas 10,229.12 hektar kawasan pertanian terjejas dengan 9,958.29 hektar kawasan sawah melibatkan 4,207 pesawah, manakala selebihnya kawasan perikanan dan tanaman, selain padi. “Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama jabatan serta agensi di bawahnya sentiasa bersedia membantu semua golongan sasar terkesan dengan bencana banjir selaras nilai teras Ihsan di bawah Malaysia Madani.” News
Runaway lorry crushes motorcyclist in Bangsar South Posted on 24/11/2024 The lorry was parked at a construction site and its brake fluid was being topped up, when it suddenly started reversing on its own. PETALING JAYA: A 32-year-old motorcyclist was run over and crushed under a runaway lorry in Bangsar South, Kuala Lumpur, yesterday morning. Kuala Lumpur traffic police chief… Read More
Cops nab couple pocketing money from donation boxes for charities at eateries in Melaka and Johor, gaining RM250 a day Posted on 11/12/2024 MELAKA, Dec 11 — A crafty couple believed to be actively stealing donation boxes placed in food stalls was finally caught by police in a raid at a condominium in Klebang here on Dec 4. Melaka Tengah district police chief ACP Christopher Patit said the 33-year-old man and 35-year-old woman… Read More
Chinese man arrested for US military base drone overflight Posted on 12/12/2024 The Vandenberg Space Force Base in California houses the launch site for space missions, including Elon Musk’s SpaceX Falcon 9 rockets. (Wiki pic) LOS ANGELES: A Chinese citizen has been charged with flying a drone over Vandenberg Space Force Base in California where he is alleged to have recorded images of… Read More