Pengetua didakwa amang seksual bukan fizikal pelajar 16 tahun Posted on 19/12/2024 Pengetua sekolah Mohd Tajudin Mokhtar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Marang, Terengganu atas dua pertuduhan amang seksual bukan fizikal terhadap seorang pelajar perempuannya. (Gambar Bernama) MARANG: Seorang pengetua sekolah menengah di Marang, Terengganu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap seorang pelajar perempuannya. Mohd Tajudin Mokhtar, 59, didakwa berkomunikasi secara seksual dan menunjukkan gambar perempuan seksi kepada mangsa yang berumur 16 tahun di dalam pejabatnya pada 8.30 pagi 2 Julai lepas. Dia didakwa mengikut Seksyen 11(1)(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun dan Seksyen 15(e) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya Maisarah Abd Razak tidak menawarkan sebarang jaminan namun berkata sekiranya mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin, beliau mencadangkan RM30,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan syarat tambahan tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan serta melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan. Peguam Abdul Haiyyi Salim pula memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya telah berkhidmat selama 32 tahun dan perlu menanggung seorang anak masih belajar serta isteri yang mempunyai masalah kesihatan. Majistret Zur Azureen Zainalkefli membenarkan Tajudin diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan dua penjamin dan membenarkan syarat tambahan seperti dimohon pendakwaan serta menetapkan 14 Jan 2025 untuk sebutan semula kes. News
Industrial parks to get annual star ratings from 2025 Posted on 11/12/2024 The star rating system for industrial parks would evaluate four key parameters, namely planning and management; infrastructure and business competitiveness; environmental sustainability; and social responsibility. (Facebook pic) KUALA LUMPUR: The investment, trade and industry ministry is collaborating with the Standard and Industrial Research Institute of Malaysia (Sirim) to set up… Read More
Cops arrest duo evading roadblock at Damansara-Puchong Expressway after 35km chase, seize drugs and weapon from car Posted on 27/12/2024 KUALA LUMPUR, Dec 27 — Two men attempting to evade a roadblock at KM16 of the Damansara-Puchong Expressway by driving against traffic were arrested following a 35-kilometre police chase. Petaling Jaya police chief ACP Shahrulnizam Ja’afar said that at 11.32am yesterday, members of the Petaling Jaya Police District’s Mobile Patrol… Read More
Zahid arah jambatan Bailey dibina di 7 lokasi Posted on 02/12/2024 Kerangka jambatan Bailey dibina di Baling, Kedah pada 2022 selepas arus deras memusnahkan jambatan menyebabkan beberapa kampung terputus hubungan. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi mengarahkan supaya gerak kerja bagi pembinaan jambatan Bailey dilaksanakan dalam tempoh 48 jam di kawasan yang terjejas akibat banjir. Zahid yang juga… Read More