Sumber air Kg Kelaik tak langgar had piawai logam berat, kata KKM Posted on 20/12/2024 Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan kebimbangan penduduk Kampung Kelaik mengenai aktiviti perlombongan boleh menyebabkan pencemaran logam berat pada sumber air mereka. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Siasatan Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati tiada pelanggaran had piawaian logam berat di beberapa lokasi yang menjadi sumber bekalan air penduduk di Kampung Kelaik, Pos Blau, Gua Musang, Kelantan. KKM berkata hasil siasatan itu merupakan persampelan air tandak (empangan kecil dibuat penduduk) pada 9 Dis lalu menunjukkan tiada pelanggaran had piawaian kandungan logam berat aluminium, arsenik, ferum dan kromium. “KKM melalui Jabatan Kesihatan Kelantan dan pejabat kesihatan daerah akan menjalankan pemantauan kualiti bekalan air di Kampung Kelaik secara berkala dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli,” katanya dalam satu kenyataan. Semalam, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam mengarahkan dua syarikat menghentikan aktiviti perlombongan di Sungai Kelaik, Gua Musang yang dikhuatiri menyebabkan pencemaran sungai. Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata arahan itu hasil siasatan Jabatan Alam Sekitar terhadap pematuhan dua syarikat terbabit mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Sementara itu, KKM berkata hasil saringan kesihatan ke atas 200 penduduk kampung menerusi Program Jalinan Kasih yang diadakan pada 23 Sept lalu mendapati tiada kes akut yang disebabkan oleh keracunan logam berat. KKM berkata saringan itu juga diperolehi daripada data daripada fasiliti kesihatan yang terdekat iaitu di Klinik Kesihatan Kuala Betis dan Klinik Kesihatan Pos Brooke. “Mengambil kira perkembangan semasa, KKM melalui Institut Penyelidikan Perubatan akan menjalankan kajian lanjutan untuk mengenalpasti kesan kronik pendedahan logam berat terhadap kesihatan penduduk di Kampung Kelaik,” katanya. KKM juga menasihatkan penduduk Kampung Kelaik terus menggunakan sumber air yang bersih bagi kegunaan harian. KKM berkata akan menjalankan kajian lanjut ke atas sumber air dan sungai yang berkemungkinan menyebabkan keracunan seperti yang dilaporkan oleh media. Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan kebimbangan penduduk Kampung Kelaik mengenai aktiviti perlombongan boleh menyebabkan pencemaran logam berat pada sumber air mereka. News
Leicester boss Van Nistelrooy aware of ‘bigger picture’ as Liverpool await Posted on 25/12/2024 Leicester City’s manager Ruud van Nistelrooy shouts instructions during the match against Newcastle at St James’ Park. (AP pic) LONDON: Ruud van Nistelrooy is determined to keep sight of the “bigger picture” after recent defeats followed a winning start to his reign as Leicester boss. The former Manchester United striker won… Read More
Perjanjian gencatan senjata Hizbullah, Israel hampir dimeterai Posted on 26/11/2024 Ahli Parlimen Lubnan Qassem Hashem berkata suasana kini positif dan perbincangan gencatan senjata mencapai tahap seterusnya. (Gambar AFP) BEIRUT: Perjanjian gencatan senjata antara Hizbullah dan Israel hampir selesai dan mungkin diumumkan dalam tempoh 36 jam jika rundingan berjalan lancar, lapor Agensi Anadolu. “Suasana kini positif dan perbincangan gencatan senjata mencapai… Read More
Angin kencang, laut bergelora sekitar perairan negara dijangka mulai Ahad Posted on 28/12/2024 Keadaan angin kencang dan laut bergelora sekitar perairan negara mulai Ahad hingga Selasa berbahaya bagi bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut, menurut MetMalaysia. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Angin kencang dan laut bergelora dijangka berlaku sekitar perairan negara bermula 29 hingga 31 Dis ini, menurut MetMalaysia. Jabatan itu memaklumkan, angin… Read More