Kerja guna IC palsu, ratusan warga asing ‘diangkut’ Posted on 21/12/2024 Imigresen Johor menangkap ratusan warga asing yang bekerja menggunakan kad pengenalan palsu. (Gambar Imigresen) PETALING JAYA: Ratusan warga asing ditahan kerana disyaki menggunakan kad pengenalan palsu untuk bekerja di sebuah kilang di Senai, Johor. Serbuan ke atas perusahaan itu dibuat pada 19 Dis, susulan tangkapan empat warga asing atas kesalahan sama beberapa hari sebelum itu. Pengarah Imigresen Johor Mohd Rusdi Mohd Darus, berkata pihaknya menangkap antaranya 74 lelaki dan 54 wanita warga asing, dalam Ops Mahir bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Johor. “Dalam serbuan ini, seramai 292 warga asing dan tempatan diperiksa dan 129 individu telah ditahan. “Hasil siasatan awal mendapati, sejumlah warga asing tersebut menggunakan dokumen pengenalan diri warga tempatan untuk memohon kerja,” katanya dalam kenyataan. Katanya, semua ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963. “Tahanan warga asing ditempatkan di Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nenas untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya. Rusdi berkata, pihaknya komited terus memerangi dan tidak akan berkompromi dengan majikan, pemilik premis, dan individu menggaji serta melindungi pendatang asing tanpa izin. News
Kelantan folk devastated by 3rd round of floods Posted on 30/12/2024 New monsoonal flooding in Kelantan and Terengganu has forced villagers to leave their homes for the third time in months. (Bernama X pic) PETALING JAYA: Having just begun to recover from floods earlier this month, residents of Tanah Merah, Kuala Krai, and Machang in Kelantan have been left devastated by… Read More
Flood situation in Johor, Pahang improves, unchanged in Perak Posted on 14/12/2024 KUALA LUMPUR, Dec 14 — The flood situations in Johor and Pahang continue to improve, with the number of evacuees at relief centres in both states declining this afternoon, while there is no change in Perak. In JOHOR, the number of flood victims slightly decreased to 36 people from 11… Read More
Johor police chief denies retiring, says action will be taken against false TikTok video Posted on 09/11/2024 JOHOR BAHRU, Nov 9 — Johor Police Chief CP Datuk M Kumar has denied claims that he is retiring, as circulated in a video on social media. He expressed serious concern over the spread of this false news and said that appropriate action will be taken against those involved in… Read More