4 lelaki diberkas dipercayai terlibat samun di Seri Iskandar Posted on 22/12/2024 Kesemua suspek direman selama lima hari hingga 26 Dis untuk siasatan lanjut, kata Ketua Polis Perak Tengah Hafezul Helmi Hamzah. PETALING JAYA: Polis memberkas empat lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan samun di sekitar Seri Iskandar tidak sampai 24 jam lepas. Ketua Polis Perak Tengah Hafezul Helmi Hamzah berkata, keempat-empat suspek berusia antara 27 tahun hingga 35 tahun itu ditahan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Perak Tengah pada kira-kira 11.40 malam tadi. Katanya, tangkapan itu dibuat susulan laporan polis dibuat pengadu di Balai Polis Seri Iskandar kira-kira 10 pagi semalam. “Kesemua suspek direman selama lima hari hingga 26 Dis untuk siasatan lanjut,” katanya, lapor Bernama. Menurut Hafezul Helmi, kertas siasatan dibuka bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan. Sehubungan itu, beliau menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian jenayah itu agar menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Perak Tengah Mohamad Zulkarnain Jusoh di talian 013-9740294. News
Foreign Ministry: Malaysia to send protest note on Philippine laws that infringe on Sabah’s maritime boundaries Posted on 15/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 14 — Malaysia is sending a protest note to the Philippines regarding its two new maritime laws that infringe on Sabah’s maritime boundaries, said Deputy Foreign Minister Datuk Mohamad Alamin. He said the Philippine Maritime Zones Act and the Philippine Archipelagic Sea Lanes Act, signed by President… Read More
Johor negeri terbaru dilanda banjir Posted on 24/11/2024 Beberapa sungai di daerah Tangkak dan Segamat, Johor dilaporkan berada pada paras waspada. (Gambar JBPM) PETALING JAYA: Johor menjadi negeri terbaru dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Balai Raya Batu Badak, Segamat, petang tadi, menempatkan 11 orang daripada empat keluarga. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN)… Read More
Top insurance executive fatally shot in Manhattan Posted on 05/12/2024 Police said a man was shot in front of the Hilton hotel in midtown Manhattan but did not confirm his identity. (AP pic) NEW YORK: Brian Thompson, the CEO of UnitedHealth’s insurance unit, was fatally shot in the chest this morning outside the Hilton hotel in midtown Manhattan, several media… Read More