Lelaki tular lari dari polis dikesan bawa syabu Posted on 25/12/2024 Tangkap layar rakaman tular menunjukkan suspek memecut kenderaannya ketika cuba ditahan polis. PETALING JAYA: Lelaki yang tular ketika cuba melarikan diri daripada polis dengan memecut kenderaannya, berjaya ditahan di Jalan Persiaran Pinggiran Putra Seri Kembangan, Serdang hari ini. Suspek berusia 41 tahun sebelum itu enggan memberhentikan kenderaannya untuk pemeriksaan ketika diarahkan polis yang melakukan tugas ronda jenayah, kira-kira 1 tengah hari tadi. Ketua Polis Serdang, AA Anbalagan, berkata anggota berkenaan terserempak kereta Honda City dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan dan menghampirinya. “Selepas memperkenalkan diri dengan menunjukkan kad kuasa polis, secara tiba-tiba suspek melarikan diri dengan memecut keretanya menuju ke Puchong melalui Lebuhraya Damansara Puchong. “Selepas diekori, lelaki berkenaan berjaya ditahan dan pemeriksaan padanya menemui satu peket plastik lutsinar disyaki syabu, malah semakan mendapati suspek memiliki 18 rekod lampau pelbagai kesalahan jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini, menurut Harian Metro. Beliau berkata kes itu dalam siasatan lanjut mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. Katanya, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi dan komen yang boleh mengganggu siasatan. News
Belanjawan ratus bilion tapi beras tempatan tiada, kata wakil rakyat kerajaan Posted on 18/11/2024 Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim berkata persepsi rakyat ketika ini adalah beras import dijual di pasaran sebenarnya beras tempatan atau campuran. (Gambar Fail) KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen kerajaan mempersoalkan ketiadaan beras putih tempatan di pasaran ketika ini. Hassan Karim (PH-Pasir Gudang) berkata, walaupun harga beras putih tempatan ditetapkan… Read More
2 dead as mosque survey sparks clashes in India Posted on 25/11/2024 Indian Muslim protesters clashed with police today in the northern state of Uttar Pradesh. (EPA Images pic) LUCKNOW: Indian Muslim protesters clashed with police today with at least two people killed in riots sparked by a survey investigating if a 17th-century mosque was built on a Hindu temple. “Two persons… Read More
Gencatan senjata Israel, Hizbullah bermula Posted on 27/11/2024 Gencatan senjata itu menghentikan konflik yang menyebabkan puluhan ribu orang di Israel dan hampir 900,000 rakyat Lubnan meninggalkan rumah mereka. (Gambar EPA Images) BEIRUT: Gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah di Lubnan berkuat kuasa pada Rabu selepas lebih setahun pertempuran yang mengorbankan ribuan nyawa. Gencatan senjata bermula 4 pagi itu… Read More