Kerajaan sedia beri kerjasama jika usaha cari MH370 berhasil Posted on 25/12/2024 Pada 13 Dis lepas, Jemaah Menteri secara prinsip menerima tawaran syarikat robotik marin Ocean Infinity untuk meneruskan operasi pencarian MH370, yang telah hilang sejak sedekad lepas. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa kerajaan Madani akan memberikan kerjasama penuh jika usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 membuahkan hasil. Beliau berkata, kerajaan perlu mengimbangi keperluan mencari pesawat tersebut dengan memastikan dana rakyat digunakan dengan berhemah. “Selepas lebih sedekad pesawat itu hilang dari radar, masih banyak persoalan dan misteri belum terungkai,” katanya menerusi hantaran di Facebook. “Bukan sahaja keluarga dan waris, malah rakyat juga berhak untuk mendapatkan jawapan kepada segala persoalan. Justeru itu, kerajaan akan memberikan kerjasama sepenuhnya jika pencarian berjaya membuahkan hasil yang dinanti-nantikan selama ini.” Jumaat lepas, Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook dilaporkan berkata, pada 13 Dis lepas, Jemaah Menteri secara prinsip menerima tawaran syarikat robotik marin Ocean Infinity untuk meneruskan operasi pencarian MH370. Katanya, operasi pencarian di dasar laut itu akan tertumpu di satu lokasi baharu yang dianggarkan berkeluasan 15,000km persegi di selatan Lautan Hindi. Pencarian itu berdasarkan prinsip ‘no find, no fee’, iaitu kerajaan tidak perlu mengeluarkan sebarang bayaran sekiranya bangkai pesawat tidak ditemukan. Pesawat Malaysia Airlines yang membawa 239 penumpang itu hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China, pada 8 Mac 2014. News
After Shafee complains about Najib’s SRC trial reports, NUJ says don’t blame the media Posted on 21/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 21 — The media is at no fault for factual reporting on former prime minister Datuk Seri Najib Razak’s SRC International Sdn Bhd case, the National Union of Journalists Malaysia (NUJM) said today. The NUJM was responding to Najib’s lead defence lawyer Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah’s… Read More
Gazans shed tears of joy, disbelief at news of ceasefire deal Posted on 16/01/2025 Palestinians burst into celebration on the announcement of a ceasefire deal between Hamas and Israel in Deir al-Balah. (AP pic) CAIRO: Palestinians burst into celebration across the Gaza Strip on Wednesday at news of a ceasefire between Israel and Hamas, with some shedding years of joy and others whistling, clapping… Read More
Media personnel unpaid salaries: Fahmi to meet management of three news portals today Posted on 28/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 28 –– Communications Minister Fahmi Fadzil will meet with the management of three news portals today to address the issue of unpaid salaries for media personnel. Expressing his dismay over the matter, Fahmi said he would closely monitor the situation alongside Human Resources Minister Steven Sim Chee… Read More