Bangkai kucing, anjing cedera pada perut ditemukan di kampus Posted on 26/12/2024 Enam bangkai kucing ditemukan di kawasan kampus UM sebelum ini. PETALING JAYA: Bangkai seekor kucing dan anjing ditemukan di kawasan kampus Universiti Malaya (UM) malam tadi. Penyelamat haiwan Shima Aris yang mengesahkan kejadian ini berkata, terdapat kecederaan pada perut haiwan berkenaan. “Saya sudah minta pelajar buat laporan polis,” katanya. Penemuan dua bangkai kucing di Fakulti Perniagaan dan Ekonomi pada 12 dan 16 Dis lepas membawa kepada laporan oleh Kesatuan Mahasiswa UM (KMUM) pada 17 Dis. Satu lagi laporan dibuat pada 20 Dis berhubung kematian empat kucing di lokasi berbeza di kampus. Perkembangan ini sehari selepas polis mengumumkan membuka kertas siasatan berhubung kes kematian kucing di pusat pengajian itu. Pada 22 Dis, hasil semakan CCTV, polis mendapati terdapat sekumpulan anjing liar yang bertindak menyerang kucing. Polis merujuk perkara itu kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan pengesahan kecederaan yang dialami ke atas kematian kucing terbabit adalah disebabkan serangan anjing-anjing liar. Sementara itu, Presiden KMUM Abqari Annuar berkata, pihaknya telah meminta pejabat keselamatan universiti mengetatkan jagaan di pintu masuk kampus serta mempertingkat rondaan. “Pihak UM juga berjanji akan memasang lebih banyak CCTV,” katanya. News
Papagomo out on bail after arrest for alleged cheating, money laundering Posted on 14/12/2024 Blogger Wan Azri Wan Deris was arrested at his home at about 1.30am yesterday. (Bernama pic) PETALING JAYA: Blogger Wan Azri Wan Deris, whose alter ego is believed to be Papagomo, has been released on bail after police arrested him yesterday for alleged cheating and money laundering. Inspector-General of Police Razarudin… Read More
Zayn’s parents submit representation to AGC Posted on 29/11/2024 Zaim Ikhwan Zahari and Ismanira Abdul Manaf pleaded not guilty on June 13 to a charge of child neglect framed under Section 31(1)(a) of the Child Act 2001, read with Section 34 of the Penal Code. PETALING JAYA: The parents of Zayn Rayyan Abdul Matiin have submitted a representation to… Read More
Debt-saddled Laos struggles to tame rampant inflation Posted on 17/11/2024 At a market in Vientiane, traders said business has never been slower, as families have seen their money’s value collapse since Covid-19. (EPA Images pic) VIENTIANE: Suffocating under a mountain of debt to China, communist Laos is struggling to tame rampant inflation, with food prices rising so sharply that a growing… Read More