Bendera China di replika roket, Adun Umno gesa dakwa penganjur Posted on 26/12/2024 Gambar tular replika roket dengan bendera China pada sayap yang dipamerkan di karnival lampu LED di Dewan Serbaguna Bukit Gambir, Tangkak, Johor. (Gambar Facebook) PETALING JAYA: Seorang Adun Umno Johor menggesa tindakan tegas dikenakan terhadap penganjur sebuah karnival di Bukit Gambir, Tangkak, susulan kontroversi bendera China pada satu replika roket yang dipamerkan. Adun Gambir, Sahrihan Jani, juga mahu tindakan proaktif termasuk membatalkan permit dan penganjuran program itu jika benar penganjur tidak mematuhi garis panduan ditetapkan Majlis Daerah Tangkak dan pihak keselamatan. “Saya mengulangi semula desakan supaya tindakan tegas diambil termasuk pendakwaan kes di mahkamah terhadap penganjur dan penutupan operasi karnival serta-merta. “Sebarang permohonan maaf tidak cukup untuk menutup kesalahan ini,” katanya dalam kenyataan. Sahrihan berkata, sejak awal isu itu tular beliau berhubung dgn Majlis Daerah Tangkak menyuarakan kebimbangan bahawa ia akan mencetuskan kegelisahan masyarakat. Katanya, Pemuda Umno Ledang juga sudah membuat laporan polis berhubung isu itu yang dianggapnya sebagai tindakan yang menggugat maruah dan keselamatan negara. Beliau difahamkan, karnival lampu LED yang berlangsung di Dewan Serbaguna Bukit Gambir akan menghentikan operasinya hari ini. “Saya menasihatkan penganjur dalam apa-apa jua program selepas ini supaya lebih sensitif dengan budaya dan tidak mencetuskan provokasi yang boleh mencetuskan kegelisahan masyarakat serta berhati-hati terutama dalam soal perpaduan dan keselamatan negara,” katanya. Terdahulu, tular gambar replika roket dengan bendera China pada bahagian sayap dipamerkan di karnival itu. Gambar itu mencetuskan kecaman pengguna media sosial dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap penganjur. News
‘Himpunan sah’, PAS belum cadang batal solidariti Posted on 04/01/2025 Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari berkata, rakyat Malaysia berhak berhimpun selagi tidak wujud unsur provokasi yang melanggar undang-undang. PETALING JAYA: Himpunan solidariti bersama bekas perdana menteri Najib Razak sah di sisi undang-undang, kata seorang pemimpin PAS hari ini, berikutan gesaan polis supaya orang ramai tidak menyertai sebarang perhimpunan susulan… Read More
Azam: MACC probing FashionValet founders’ assets and use of Khazanah and PNB investment funds Posted on 09/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 8 — The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) is currently looking into identifying assets, ownership and financial sources obtained by the founders of e-commerce platform FashionValet Sdn Bhd (FashionValet). Its chief commissioner, Tan Sri Azam Baki said the commission’s investigation will also focus on the way investment funds… Read More
Fritz off to winning start at ATP Finals after Medvedev meltdown Posted on 11/11/2024 US Open finalist Taylor Fritz recorded his 50th victory this year with today’s win. (AP pic) TURIN: American Taylor Fritz won his first match in the group stage of the ATP Finals when he beat Daniil Medvedev 6-4, 6-3 today after the Russian lost his cool and risked getting defaulted… Read More