2 lemas, 1 hilang mandi laut di Papar Posted on 27/12/2024 Bomba berkata kejadian berlaku ketika semua mangsa sedang mandi laut di Pandai Bundusan, Kampung Bundusan sebelum dilaporkan lemas. (Freepik pic) PAPAR: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun ditemukan lemas dalam kejadian di Pandai Bundusan, Kampung Bundusan di sini, petang tadi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.38 petang tadi, mengenai kejadian empat mangsa dipercayai lemas di pantai semasa menjalankan aktiviti mandi manda. Beliau berkata tiba di tempat kejadian pukul 6.01 petang, pihaknya mendapati remaja lelaki berusia 14 tahun itu ditemukan orang ramai dan diberikan bantuan CPR, namun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Katanya, seorang lagi mangsa iaitu kanak-kanak lelaki 12 tahun berjaya diselamatkan orang ramai dalam kejadian tersebut. “Mangsa ketiga (kanak-kanak 7 tahun meninggal dunia) ditemukan pasukan bomba terdampar di tepi pantai pada pukul 6.58 petang tadi. “Pada masa ini pasukan bomba sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat bagi seorang lagi mangsa lelaki berusia 48 tahun yang masih hilang,” katanya ketika dihubungi. News
‘Kamulah beri kerusi pada Tengku Zafrul’, Amanah beritahu PKR Posted on 18/12/2024 Sebelum ini Timbalan Pengerusi Amanah Selangor Azli Yusof pernah menegur Tengku Zafrul Aziz kerana menuntut kerusi secara terbuka. PETALING JAYA: Amanah Selangor kekal dengan pendirian tidak akan menyerahkan kerusi Kota Raja biarpun Tengku Zafrul Aziz menyertai Pakatan Harapan (PH). Timbalan Pengerusi Azli Yusof berkata, jika menteri pelaburan, perdagangan dan industri… Read More
Why Myanmar’s travel-shy leader could be difficult to arrest Posted on 28/11/2024 Myanmar’s military junta chief Min Aung Hlaing arrives to deliver a speech on armed forces’ day in Naypyidaw, in this file photo. (AFP pic) THE HAGUE: The prosecutor of the International Criminal Court (ICC) is seeking an arrest warrant for Myanmar’s leader and military chief Min Aung Hlaing for crimes… Read More
What we know so far: ‘Frozen’ stillborn baby case in Klang private hospital now under police probe Posted on 14/12/2024 KUALA LUMPUR, Dec 14 — The case of a deformed baby that was stillborn and kept in a Klang private hospital’s morgue after the parents could not pay the medical bill, has sparked debate over healthcare system in the country. What is the latest on the case? Safwan Roshdy, 22,… Read More