Panah anjing: Persatuan seru saksi bantu siasatan Posted on 27/12/2024 Gambar anjing yang dikatakan mati di Ladang Malaya selepas dipanah oleh seorang pekerja. (Gambar Facebook) PETALING JAYA: Persatuan haiwan menyeru saksi kejadian anjing dipanah di Ladang Malaya di Selama, Perak tampil memberikan maklumat dan membantu siasatan. Seruan ini menyusuli catatan di media sosial mendakwa bahawa pada 22 Dis lalu, seorang pekerja memanah seekor anjing, yang kemudian mati. Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) mengecam perbuatan itu dan menyeru saksi membuat laporan polis dan aduan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar. “Keterangan saksi adalah bukti penting dalam memastikan tindakan sewajarnya diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab,” katanya di Facebook. Menggesa siasatan menyeluruh terhadap kes ini, SAFM berkata pelaku kekejaman terhadap haiwan boleh dikenakan denda RM100,000, atau hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali, menurut Seksyen 30 Akta Kebajikan Haiwan. SAFM juga menyeru undang-undang diperkukuhkan dan penguatkuasaan yang lebih tegas dan berkesan, memandangkan kekejaman terhadap haiwan masih berleluasa. “SAFM menyeru seluruh masyarakat untuk bersatu dalam menegakkan hak haiwan dan memastikan tindakan tegas diambil terhadap pelaku,” katanya. News
After Shafee complains about Najib’s SRC trial reports, NUJ says don’t blame the media Posted on 21/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 21 — The media is at no fault for factual reporting on former prime minister Datuk Seri Najib Razak’s SRC International Sdn Bhd case, the National Union of Journalists Malaysia (NUJM) said today. The NUJM was responding to Najib’s lead defence lawyer Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah’s… Read More
Indonesian police detain 18 cops for alleged extortion of Malaysian fans at Jakarta DWP concert Posted on 22/12/2024 JAKARTA, Dec 22 — Indonesian police have detained 18 personnel suspected of extorting Malaysian nationals who attended the Djakarta Warehouse Project (DWP) concert in Kemayoran, North Jakarta. Public information bureau head, Brigadier General Trunoyudo Wisnu Andiko, confirmed that the personnel are from the Metro Jaya District Police, Central Jakarta Metro… Read More
EU, Mercosur heave free trade deal over the line Posted on 07/12/2024 European Commission President Ursula von der Leyen (middle) says the agreement is not just an economic opportunity, it is a political necessity. (AP pic) MONTEVIDEO: The EU and South America’s Mercosur bloc dragged a long-delayed free trade deal over the line on Friday, announcing an agreement – at least in… Read More