Usahawan teknologi tak sasar jawatan ketua Pemuda PKR Posted on 28/12/2024 Usahawan Wan Hasifi Amin Wan Zaidon tangkis anggapan beliau menyasarkan jawatan ketua Pemuda PKR. PETALING JAYA: Usahawan teknologi, Wan Hasifi Amin Wan Zaidon, tangkis anggapan beliau menyasarkan jawatan ketua Pemuda PKR pada pemilihan parti itu akan datang. Wan Hasifi menjelaskan bahawa beliau sekadar ingin bertanding satu jawatan yang membolehkan dia menyumbang kepakaran kepada parti secara langsung di peringkat Pemuda pusat. “Saya belum ada keputusan muktamad untuk bertanding jawatan apa. Yang pasti bukan ketua Pemuda pusat,” katanya kepada FMT. PKR akan mengadakan pemilihan selepas mandat dipegang barisan pimpinan semasa berakhir Mei tahun depan. Wan Hasifi, yang disenaraikan Forbes sebagai ’30 under 30′ di Asia pada 2020, menawarkan diri untuk jawatan Pemuda PKR, semalam. Katanya, jika diberi peluang memimpin Pemuda PKR, antara perkara akan dilakukannya termasuk membangunkan aplikasi pembelian barangan asas secara berkumpulan khusus untuk ahli parti. Terdahulu, Ketua Pemuda PKR Selangor, Muhammad Izuan Ahmad Kasim, berkata sayap itu memerlukan pemimpin yang mendapat sokongan akar umbi. Mengulas lanjut, Wan Hasifi berkata beliau bercadang untuk tanding jawatan ketua Pemuda bahagian. “Saya masih dalam proses permohonan pindah cabang. Jadi agak sukar nak sebut cabang mana melainkan permohonan dah diluluskan nanti,” katanya. News
Zuraida’s damages for breaching PKR bond slashed from RM10mil to RM100,000 Posted on 11/12/2024 The Court of Appeal ruled that Zuraida Kamaruddin had breached a bond she signed with PKR seven years ago by joining Bersatu during the Sheraton Move in February 2020. (Bernama pic) PUTRAJAYA: The Court of Appeal has slashed Zuraida Kamaruddin’s liability to PKR for breaching a party bond she signed… Read More
Zahid: Mara offers flood victims payment relief, but no requests received yet Posted on 06/01/2025 BANGI, Jan 5 — The Ministry of Rural and Regional Development (KKDW), through its agency, Majlis Amanah Rakyat (MARA) will extend support to flood-affected borrowers and tenants of MARA premises, including by rescheduling their loan payments. Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said that, however, so far,… Read More
Man takes staff hostage at restaurant outside Paris Posted on 17/11/2024 Polic said there were no customers or members of the public among the hostages. (AFP pic) ISSY-LES-MOULINEAUX: A knife-wielding man today took several employees hostage in his father’s restaurant on the outskirts of Paris as a large police force surrounded the establishment. The pizzeria is located in the town of… Read More