Mohon tahanan rumah perlu lalui Lembaga Pengampunan, kata Jabatan Peguam Negara Posted on 28/12/2024 Jabatan Peguam Negara berkata Agong berkuasa beri ampun, tunda hukum, dan lega hukum bagi apa-apa kesalahan dilakukan dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya. PETALING JAYA: Permohonan pengampunan termasuk menghabiskan baki hukuman penjara di rumah mana-mana banduan termasuk bekas perdana menteri, Najib Razak, perlu dikemukakan kepada Lembaga Pengampunan dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong. Jabatan Peguam Negara dalam kenyataan, berkata permohonan itu perlu dilakukan mengikut tatacara dan saluran ditetapkan, di bawah undang-undang dan bukannya mana-mana saluran lain. “Kamar ini telah dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk memaklumkan semua permohonan mengenai pengampunan bagi kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Pengampunan. “Oleh itu sekiranya mana-mana pihak ingin mencadangkan supaya mana-mana banduan termasuk Najib menghabiskan baki tempoh hukumannya dengan ditahan di rumahnya, pemohon berkenaan perkara tersebut hendaklah dikemukakan untuk dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya. Menurut Jabatan Peguam Negara, berdasarkan Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong berkuasa untuk memberi ampun, tunda hukum, dan lega hukum bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya. Jabatan Peguam Negara berkata, Perkara 42 (2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan antara lain Yang di-Pertuan Agong juga boleh meremit, menggantung atau meringankan apa-apa hukuman telah dijatuhkan mahkamah. “Dalam hal ini keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Lembaga Pengampunan menurut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan juga adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang terpakai bagi mengelakkan tindakan sedemikian dicabar di mahkamah kerana tidak sah dari segi undang-undang,” katanya. Pada 28 Julai 2020, Najib disabit kesalahan oleh Hakim Nazlan Ghazali, yang ketika itu adalah hakim Mahkamah Tinggi kerana salah guna kuasa, pengubahan wang, dan pecah amanah jenayah dalam kes SRC International, melibatkan dana berjumlah RM42 juta. Rayuan di Mahkamah Rayuan ditolak pada 8 Dis 2021. Najib menjalani hukuman penjara 12 tahun pada 23 Ogos 2022, sejurus Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhirnya. News
Transport Ministry proposes logistics hub in Nilai or Bandar Enstek, cites proximity to KLIA and highway connectivity Posted on 23/11/2024 NILAI, Nov 23 — The Ministry of Transport has proposed the establishment of a dedicated logistics hub in Nilai or Enstek, Negeri Sembilan, to further bolster Malaysia’s logistics sector. Minister Anthony Loke said the location is ideal due to its proximity to Kuala Lumpur International Airport (KLIA) and its strategic… Read More
Van Nistelrooy leaves Manchester United after Amorim’s arrival Posted on 12/11/2024 Rudd Van Nistelrooy steered Manchester United to three wins and a draw in all competitions following Erik ten Hag’s departure. (AP pic) MANCHESTER: Ruud van Nistelrooy’s spell with Manchester United has come to an end, the club said in a statement on Monday, a day after the Dutchman led the… Read More
‘Statement’ derby win a boost for Man Utd’s belief, says Maguire Posted on 17/12/2024 Harry Maguire said the derby win was important for Manchester United as they look to climb up the standings. (EPA Images pic) LONDON: Harry Maguire says Manchester United’s dramatic “statement” win at Manchester City will boost their belief as they adjust to a new system under Ruben Amorim. Josko Gvardiol’s… Read More