Mayat dalam but kereta, 2 disyaki membunuh Posted on 29/12/2024 Dua suspek berusia 33 dan 35 tahun direman tujuh hari bermula hari ini susulan penemuan mayat dalam but sebuah kereta semalam, di Mersing. (Gambar Facebook) MERSING: Polis menahan dua individu bagi membantu siasatan susulan penemuan mayat lelaki tempatan dalam but sebuah kereta di KM26, Jalan Jemaluang-Kahang, semalam. Ketua Polis Mersing Abdul Razak Abdullah Sani, berkata mayat lelaki berumur 28 tahun itu ditemukan dalam keadaan lengkap berpakaian dalam kereta jenis Proton Waja berwarna hitam miliknya dengan kesan kecederaan di leher. Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam berhubung penemuan kereta itu dalam semak di tepi jalan berkenaan pada 1.50 tengah hari. “Bertindak atas maklumat risikan, pasukan siasatan khas yang ditubuhkan telah berjaya membuat tangkapan ke atas seorang lelaki dan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian itu, pada 4.30 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan. Beliau berkata, kedua-dua suspek berusia 33 dan 35 tahun itu direman tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. “Susulan kejayaan tangkapan ini, kes berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang 24 jam,” katanya. Terdahulu, tular di laman Facebook mengenai penemuan sebuah kereta Proton Waja berwarna hitam yang dikatakan dihurung lalat di Jalan Kahang-Jemaluang. News
Ex-research assistant Yusoff Rawther pleads not guilty to cannabis trafficking charges Posted on 06/12/2024 KUALA LUMPUR, Dec 5 — A former research assistant to a politician was charged in the High Court here today with trafficking in 305 grams of cannabis on September 6. Muhammed Yusoff Rawther, 31, pleaded not guilty after the charge was re-read to him before Judge Datuk Muhammad Jamil Hussin… Read More
Angin kencang, laut bergelora sekitar perairan negara dijangka mulai Ahad Posted on 28/12/2024 Keadaan angin kencang dan laut bergelora sekitar perairan negara mulai Ahad hingga Selasa berbahaya bagi bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut, menurut MetMalaysia. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Angin kencang dan laut bergelora dijangka berlaku sekitar perairan negara bermula 29 hingga 31 Dis ini, menurut MetMalaysia. Jabatan itu memaklumkan, angin… Read More
100pc exemption: No penalty on land, parcel tax for early payments made from Jan 2 to Feb 28, says Penang govt Posted on 26/12/2024 GEORGE TOWN, Dec 26 — The Penang government is granting a 100 per cent exemption from quit rent and parcel rent penalty arrears to all land and parcel owners in the state who make payments for the two taxes from January 2 to February 28, 2025. The Chief Minister’s Office… Read More