Dentuman kuat, takungan pecah kali ke-2 paling teruk Posted on 30/12/2024 Pihak berkuasa tempatan berkata 10 rumah terjejas teruk dengan pihaknya menasihati mangsa berpindah, namun penduduk memilih kekal di rumah memandangkan air telah surut. (Gambar Facebook) SUNGAI BULOH: Penduduk terjejas akibat benteng takungan air Taman Sri Alam di Saujana Utama yang pecah petang tadi mendakwa terdengar dentuman kuat sebelum air melimpah deras memasuki rumah penduduk berhampiran. Hafifi Saleh, 38, berkata sebelum kejadian dia berada di luar rumah berbual bersama rakan dan ketika itu hujan sudah berhenti. “Ketika berbual saya mendengar dentuman kuat dan melihat benteng takungan air runtuh dan air mengalir deras memasuki rumah saya dan rumah jiran. “Saya kemudian bersama isteri dan anak saya masuk ke dalam pacuan empat roda untuk menyelamatkan diri,” katanya kepada Bernama. Hafifi yang bekerja sendiri, berkata dia tidak sempat menyelamatkan apa-apa barangan dalam rumahnya berikutan kejadian berlaku amat pantas dan air yang deras. “Air masuk ke dalam rumah setinggi dua kaki…banyak perabot dan barangan rosak,” katanya. Seorang lagi penduduk Samsudin Adun, 49, berkata kejadian petang tadi adalah yang kedua berlaku selepas kejadian pertama pada 2014, tetapi ketika itu tidak seteruk hari ini. Ketika kejadian dia sekeluarga tiada di rumah dan hanya mengetahui perkara berkenaan melalui kumpulan WhatsApp taman berkenaan. “Ada jiran maklumkan benteng takungan air di depan rumah telah runtuh dan berlaku banjir kilat, saya dan keluarga bergegas pulang dan mendapati rumah dimasuki air setinggi dua kaki bagaimanapun surut dalam 30 minit kemudian,” katanya. Dia berharap pihak bertanggungjawab membaiki tembok berkenaan segera berikutan kawasan itu sering dilanda hujan lebat kerana Monsun Timur Laut. Sementara itu, Ahli Majlis Zon 23 Majlis Perbandaran Kuala Selangor, Maisarah Ismail, berkata pihaknya akan membina benteng penghadang sementara di kawasan runtuhan bagi mengelakkan limpahan air berlaku lagi jika hujan lebat. Beliau berkata dianggarkan 10 rumah terjejas teruk dan pihaknya telah menasihati mangsa untuk berpindah tetapi penduduk memilih kekal berada di rumah memandangkan air sudah surut dan mereka boleh melakukan kerja-kerja pembersihan. “Kerja-kerja membersihkan rumah yang terjejas dan sisa runtuhan akan dilakukan malam ini juga sebelum kerja membina benteng penghadang sementara dibuat,” katanya. Terdahulu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar dalam kenyataannya memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.15 petang. Benteng berkenaan pecah menyebabkan air melimpah ke seluruh taman perumahan itu, namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. News
KL Fire Dept: Body of foreigner found atop Pavilion Suites, believed to have fallen from unknown height Posted on 12/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 11 — The body of a foreign woman, believed to have fallen from an unknown height, was discovered on the foyer roof of Pavilion Suites Kuala Lumpur on Jalan Bukit Bintang early this morning. The Kuala Lumpur Fire and Rescue Department said they received an emergency call… Read More
BN, PH should have equal share of Negeri Sembilan seats, says Umno leader Posted on 23/12/2024 Negeri Sembilan Umno chairman Jalaluddin Alias said BN wants to keep its 14 state seats as well as some currently held by Perikatan Nasional. SEREMBAN: Negeri Sembilan Umno has expressed hope that state seats will be divided equally between Barisan Nasional and Pakatan Harapan for the next general election. State… Read More
‘Kamulah beri kerusi pada Tengku Zafrul’, Amanah beritahu PKR Posted on 18/12/2024 Sebelum ini Timbalan Pengerusi Amanah Selangor Azli Yusof pernah menegur Tengku Zafrul Aziz kerana menuntut kerusi secara terbuka. PETALING JAYA: Amanah Selangor kekal dengan pendirian tidak akan menyerahkan kerusi Kota Raja biarpun Tengku Zafrul Aziz menyertai Pakatan Harapan (PH). Timbalan Pengerusi Azli Yusof berkata, jika menteri pelaburan, perdagangan dan industri… Read More